• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi ‘Desperate’ Hingga Salahkan Pengundi – Azalina

oleh Ahmad Albab
21/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini menyelar tindakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil (PRK) Sabtu lepas, adalah akibat dua penyakit rakyat.

Azalina berkata Rafizi terdesak (desperate) dan tidak dapat menerima kekalahan pembangkang dalam PRK kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor sehingga sanggup menyalahkan pengundi.

“Apabila mereka (pembangkang) menang di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, kita (BN) tidak mempersoalkan, perlekeh atau memandang rendah terhadap pemilihan rakyat di negeri itu.

“Malah, kita memberi komitmen untuk bekerja bersama-sama kerana itu merupakan pilihan rakyat di negeri itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi pada Ahad lepas, yang mengatakan rakyat derita dengan dua penyakit iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan penyakit kebendaan sehingga memberi kemenangan kepada BN dalam dua PRK berkenaan.

Azalina yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata kemenangan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan pembangkang tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia.

“Pembangkang dalam Parlimen, tidak pernah memperjuangkan isu rakyat di kawasan mereka. Semua isu yang mereka bawa adalah tidak relevan dan lebih kepada isu peribadi atau serangan peribadi. Jadi, saya merasa rakyat pun jemu dengan pembangkang,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kemenangan BN juga merupakan isyarat rakyat kepada BN supaya terus memberikan khidmat dan meneruskan kesinambungan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar sekaligus membuktikan BN relevan kepada rakyat di negara ini.

Pada PRK itu calon BN di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi memperoleh 16,800 undi dengan majoriti 9,191 undi manakala calon BN di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid mendapat 12,653 undi dengan majoriti 6,969 undi. – BERNAMA

Tags: Azalina OthmanRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd