• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ferrari Remuk, Datuk Cabut Lari Lepas Langgar Preve

oleh AK-47
21/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH Ferrari berharga lebih RM1 juta remuk teruk selepas pemandunya yang mempunyai gelaran Datuk Seri melanggar sebuah Proton Preve, pada Isnin.

Insiden kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku berhampiran jejambat Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta mewah yang dipandu Datuk Seri terbabit hilang kawalan akibat dipandu dalam keadaan mabuk.

Ferrari Remuk, Datuk Cabut Lari Lepas Langgar Preve

Ferrari Remuk, Datuk Cabut Lari Lepas Langgar Preve

Ferrari Remuk, Datuk Cabut Lari Lepas Langgar Preve

Difahamkan, Datuk Seri berkenaan terus melarikan diri selepas kemalangan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang wanita berusia 52 tahun yang memandu Proton Preve berkenaan.

Susulan itu kedua-dua kenderaan ditunda ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

“Kemalangan mengakibatkan Proton Preve mengalami kerosakan di bahagian belakang manakala Ferrari remuk di bahagian hadapan. Kedua-dua pemandu tidak cedera.

“Pemandu kereta mewah itu bagaimanapun tampil di balai polis sebelum diarah menjalani ujian alkohol petang semalam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Tags: ferarikemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd