• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Tak Mampu Bertanding Sendirian Tanpa DAP, PKR

oleh Ahmad Albab
21/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mampu bertanding secara bersendirian atau satu lawan satu dengan mana-mana parti jika tidak mendapat sokongan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata kini terbukti Amanah tidak mampu menjadi pengganti PAS dalam Pakatan Harapan sebagaimana yang dicanang sebelum ini kerana tidak mampu meraih sokongan pengundi tanpa bantuan parti-parti berkenaan.

“Pada pandangan saya ialah kegagalan Amanah berperanan sebagai parti ganti kepada PAS. Walaupun jumlah undinya besar di (Parlimen) Sungai Besar tapi saya percaya 90 peratus undi itu datang daripada DAP dan juga PKR, (dan) bukan undi sebenar Amanah.

“Dan saya percaya kalau Amanah bertanding secara bersendirian macam kita PAS kemungkinan besar mereka akan hilang deposit, itu pandangan sayalah,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan di sini hari ini.

BN menang besar di kedua-dua kawasan Parlimen itu dengan calonnya Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh majoriti 6,969 undi pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar manakala Budiman Mohd Zohdi meraih majoriti 9,191 undi bagi PRK Sungai Besar.

Mastura meraih 12,653 undi dalam pertandingan empat penjuru, menewaskan Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad yang mendapat 5,684 undi, Naib Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).

Budiman pula memperoleh 16,800 undi dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur (7,609 undi) dan Dr Abdul Rani Osman daripada PAS yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru (6,902 undi).

Mohd Amar berkata Amanah mendapat undi yang tinggi melebihi PAS di Parlimen Sungai Besar kerana undi masyarakat Cina yang menyokong DAP di kawasan berkenaan.

Beliau berkata jika melihat keputusan di peti-peti undi di kedua-dua Parlimen berkenaan, Amanah masih gagal menawan hati pengundi Melayu sekali gus menunjukkan parti itu tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu.

“Jadi dari sudut ini kita nampak Amanah tidak dapat menggugat PAS sebab undi PAS ini tidak berubah, itu yang penting,” katanya. – BERNAMA

Tags: PANPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd