• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen Kuala Kangsar, Sungai Besar Kekal Milik BN

oleh AK-47
20/06/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARISAN Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua kerusi Parlimen pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar menerusi keputusan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Keputusan disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malah menunjukkan BN menang dengan penuh bergaya berkali-kali ganda lebih tinggi berbanding majoriti diraih terdahulu ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

DI SUNGAI BESAR, calon BN, Budiman Mohd. Zohdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, mengekalkan kerusi P.093 itu dengan majoriti 9,191 undi apabila meraih jumlah sebanyak 16,800 undi.

Beliau yang juga merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar menewaskan ADUN Meru iaitu calon PAS, Dr. Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur dari Parti Amanah Negara (PAN) mewakili Pakatan Harapan.

SPR membuat pengumuman itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Bernam di Sungai Besar sekitar 9.45 malam. Sebanyak 28 pusat mengundi dibuka sejak 8 pagi hingga 5 petang bagi proses pembuangan undi.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon-calon tersebut. Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei.

Pada PRU ke-13 lepas, Allahyarham Noriah dari BN yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Perusahaan Komoditi menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti hanya 399 undi.

DI KUALA KANGSAR, calon BN, Datin Mastura Mohd. Yazid yang merupakan balu kepada penyandangnya, Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad, turut berjaya mengekalkan kerusi P.067 tersebut.

Beliau menang dengan majoriti 6,969 undi, meraih jumlah sebanyak 12,653 undi menewaskan Dr. Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli (PAN) dan calon tunggal bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

SPR membuat pengumuman tersebut di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada Sabtu sekitar 9.45 malam. Sebanyak 23 pusat mengundi digunakan sebelah siang bagi proses pembuangan undi.

PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN dengan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak serta Naib Ketua PAN Kawasan Kuala Kangsar dan calon bebas yang pernah kalah di tempat lain.

PRK Kuala Kangsar itu diadakan serentak dengan Sungai Besar berikutan penyandangnya yang juga Pengerusi Majlis Minyak Kelapa Sawit Malaysia terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada PRU ke-13 lepas, Wan Mohammad Khair-il memenangi kerusi itu setelah menewaskan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas, Datuk Kamalia Ibrahim dengan majoriti hanya 1,082 undi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BNKuala KangsarPilihan Raya KecilPRKSungai Besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd