• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rapid Kuantan Perluas Jajaran Perkhidmatan

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Syarikat Rapid Bus Sdn Bhd kini memperluaskan jajaran laluan sedia ada bagi perkhidmatan bas Rapid Kuantan pada tahun ini agar lebih ramai penduduk di daerah Kuantan dan Pekan dapat menikmati kemudahan awam itu.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Kuantan, Zainurul Hakim Mohamad berkata langkah itu diambil berikutan pembangunan pesat yang dialami dua daerah berkenaan dengan pembukaan kawasan perumahan baharu termasuk di Indera Sempurna, di sini dan kampus utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Pekan.

“Kita akan memanjangkan jarak di laluan sedia ada contohnya jika sebelum ini hanya 50 peratus kawasan dilalui Rapid Kuantan, kini kita akan luaskan rangkaian kepada 100 peratus.

“Pendekatan ini bagi membolehkan lebih ramai penumpang dapat menikmati perkhidmatan kita sekali gus memenuhi keperluan untuk pengangkutan awam,” katanya di sini.

Zainurul Hakim berkata pengukuhan laluan sedia ada itu turut disokong menerusi pembinaan sebanyak 77 perhentian bas oleh Rapid Kuantan di lokasi strategik sebelum diserahkan pengendaliannya kepada pihak berkuasa tempatan.

“Turut dibina lima hab bas di penghujung terminal seperti di Balok Makmur dan Sungai Lembing, infrastruktur itu adalah untuk memberi keselesaan kepada pengguna selain jaminan keselamatan terutama kepada golongan wanita,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, jumlah penumpang menggunakan perkhidmatan Rapid Kuantan dijangka meningkat sehingga 30,000 penumpang sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri berbanding 15,000 penumpang pada hari biasa.

“Ramai pelajar UMP dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hendak pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri, jadi kita akan memenuhi permintaan dengan melanjutkan tempoh perkhidmatan serta menambah bas di laluan sibuk,” katanya.

Dalam perkara berkaitan, Zainurul Hakim berkata, pihaknya masih melakukan kajian berhubung cadangan kerajaan negeri supaya perkhidmatan bas Rapid Kuantan diperluaskan ke kawasan Cherating iaitu salah satu lokasi pelancongan utama di Kuantan.

“Kita perlu melakukan kajian dari segi kos operasi seperti diesel, kita tangguhkan terlebih dulu (perjalanan ke Cherating) dan buat perancangan semula selepas ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kuantanrapid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

Lelaki Maut Dalam Kemalangan Treler Dan Pacuan Empat Roda Di Jalan Pintasan Kuantan

Lelaki Maut Dalam Kemalangan Treler Dan Pacuan Empat Roda Di Jalan Pintasan Kuantan

09/12/2025
0

KUANTAN – Seorang lelaki maut dalam kemalangan tragis membabitkan sebuah treler muatan besi dan pacuan empat roda di Jalan Pintasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd