• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkeso Pahang Bayar Pampasan RM19.2 Juta Bagi Tahun 2015

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang telah menyelesaikan 3,764 kes daripada 5,388 kes tuntutan sepanjang tahun lepas dengan melibatkan jumlah pampasan sebanyak RM19.2 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri Datuk Norol Azali Sulaiman berkata sejak Januari hingga Mei lalu, sebanyak 1,813 daripada 2,307 kes telah diselesaikan dengan bayaran pampasan RM9.8 juta.

“Untuk tempoh yang sama, Perkeso Pahang telah mendakwa 12 majikan dan 45 majikan pada 2015 atas pelbagai kesalahan termasuk gagal membayar caruman pekerja dan gagal melaporkan kemalangan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

“Masyarakat diharap maklum tentang kepentingan mencarum dengan Perkeso dan melaksanakan tanggungjawab untuk mengingatkan majikan pentingnya caruman ini kerana kebanyakan kemalangan berlaku semasa perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja,” katanya.

Norol Azali berkata demikian dalam ucapannya semasa menyampaikan cek faedah dan alatan pemulihan sempena sambutan Aidilfitri kepada 30 penerima yang berjumlah RM166,057.30 di Wisma Perkeso di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah Pengarah Perkeso Pahang Zainal Ismail, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Pahang Rokiah Ali Hassan dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Pahang Mohd Rizal Salleh.

Sementara itu, Zainal memaklumkan penubuhan Skuad Perkeso Prihatin Pahang pada tahun lalu yang bertujuan untuk menyiasat kes kemalangan yang dilaporkan media termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram telah menunjukkan hasil yang baik.

“Sebelum ini, Perkeso menunggu tuntutan daripada orang berinsurans atau waris membuat tuntutan tetapi dengan adanya skuad ini, kami turun ke padang tanpa menunggu tuntutan sampai ke pejabat.

“Sejak penubuhan skuad ini, Perkeso Pahang berjaya menyelesaikan 43 kes bagi tahun 2015 dan sehingga Mei ini, sebanyak 49 kes berjaya diselesaikan bersumberkan maklumat media dan hospital,” katanya.

Zainal berharap lebih ramai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang akan membantu Perkeso termasuk mengesan waris yang kebanyakannya tidak mengemukakan Borang Perakuan 117 yang perlu ditandatangani bagi membolehkan mereka menerima faedah pencen setiap tahun. – BERNAMA

Tags: pampasanPerkeso
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

31/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lebih 9 juta pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kini secara automatik dilindungi sepenuhnya daripada...

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

12/09/2025
0

PUTRAJAYA: Sebanyak RM62.57 juta bayaran pampasan setakat ini sudah diberikan kepada pemilik dan pihak berkepentingan dalam projek pembangunan semula Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd