• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serpihan Dipercayai MH370, Tiada Pengesahan Daripada Indonesia

oleh Ahmad Albab
26/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada pengesahan diterima daripada Indonesia tentang kemungkinan serpihan pesawat MH370 ditemui di perairan negara itu, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Ruhaizah Mohamed Rashid.

Beliau berkata sekiranya benar serpihan pesawat itu ditemui, sudah tentu pihak Indonesia akan menghubungi pihak Malaysia.

“Hubungan rapat antara kedua-dua negara dapat memberi jaminan jika ada sebarang maklumat berkaitan pesawat itu pastinya akan terus dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia”, katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat kepada media tentang status terkini pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac, di sini hari ini.

Taklimat disampaikan Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Judith Zielke dan jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia Peter Forley.

Ruhaizah berkata untuk proses pengecaman sebarang serpihan dipercayai daripada pesawat itu yang ditemui di mana-mana, ia akan dibawa ke Australia untuk diambil gambar dan dihantar kepada pihak syarikat Boeing untuk tujuan pengesahan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac setelah berlepas kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu sedang giat dijalankan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai ‘berakhir’.

Mengenai operasi pencarian pesawat itu, Ruhaizah berkata semua pihak mengharapkan pencarian MH370 akan berhasil sebagaimana pencarian Air France, dalam masa terdekat.

“Sistem pencarian iaitu ‘bathymetric survey’ yang digunakan pada masa sekarang adalah lebih kurang sama dengan sistem pencarian Air France, pengenalpastian akan bergantung kepada serpihan yang dijumpai sebab sekarang ini kita masih tidak ada sebarang petunjuk.

“Jadi kita ada maklumat dan data maka berdasarkan itu kita analisis dan jika kita dapat serpihan, itu akan lebih jelas (pencarian). Jadi kita mengharapkan ada serpihan yang akan ditemui,” katanya.

Ruhaizah berkata faktor kawasan pencarian yang sangat luas juga menyukarkan misi pencarian dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

‘Tapi Alhamdulillah, sekarang cuaca semakin baik di selatan Lautan Hindi, jadi kita berharap dengan peralatan dan kapal yang ada, kita akan dapat mencari sekurang-kurangnya serpihan pesawat bagi menunjukkan di mana lokasi kapal terbang itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd