• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,140 Server Di Malaysia Terdedah Kepada Serangan Siber

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Malaysia dikenal pasti sebagai negara utama di Asia Tenggara yang mempunyai server paling dikompromi, menyebabkan rangkaian kerajaan terdedah kepada serangan siber.

Menurut Pengarah APAC Global Research and Analysis Team Kaspersky Lab, Vitaly Kamluk, pendedahan yang mengejutkan ini diperolehi hasil siasatan oleh Kaspersky Lab, yang menemui “xDedic”, pasaran gelap untuk server yang digodam yang meletakkan 2,140 server di Malaysia menghadapi risiko digodam.

“Pasaran yang bertindak seperti eBay, ialah forum global yang memudahkan penjualan dan pembelian server Remote Desktop Protokol (RDP), yang boleh didapati dengan harga serendah AS$D6 (RM25).

“Ia amat berkuasa, tersusun dengan teratur, menawarkan akses yang murah dan mudah kepada infrastruktur organisasi yang sah,” kata beliau semasa taklimat media di sini, Khamis.

Kamluk berkata, pda masa ini, Kamluk berkata terdapat 70,264 server dari 173 negara dijual, ditawarkan oleh 416 penjual unik di pasaran ini.

Beliau berkata, Malaysia berada di kedudukan ke-10 di seluruh dunia dengan server paling dikompromi.

“Yang lebih membimbangkan ialah pemilik server, tidak menyedari bahawa infrastruktur teknologi maklumat (IT) mereka telah dikompromi.

“Ahli-ahli forum xDedic boleh mengakses semua data server dan menggunakannya untuk terus melakukan serangan berniat jahat, terdiri daripada serangan disasarkan, malware, phishing, dan serangan adware,” katanya.

Kepada satu soalan, Kamluk enggan menyenaraikan server-server di Malaysia yang telah digodam dan dijual di pasaran gelap xDedic.

Justeru, beliau berkata, Kaspersky Lab telah mengambil beberapa langkah dalam mengingatkan organisasi supaya berwaspada terhadap kemunculan ancaman baharu ini dalam jenayah siber.

“Kami telah menasihati mereka (organisasi), antara lain, untuk memasang penyelesaian keselamatan, menguatkuasakan penggunaan kata laluan yang lebih ketat dan menjalankann audit keselamatan infrastruktut IT,” katanya. – BERNAMA

Tags: penggodamsiber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

09/03/2024
0

WASHINGTON: Microsoft mendakwa kumpulan penggodam tajaan Russia bernama Midnight Blizzard cuba menceroboh sistemnya sekali lagi, dengan menggunakan maklumat yang dicuri...

Polis Berkas 11 Lelaki Disyaki Godam Sistem Komputer Kerajaan

18/02/2021
0

SHAH ALAM - Sekumpulan 11 lelaki disyaki terbabit kegiatan menggodam sistem komputer kerajaan, ditahan dalam tujuh serbuan berasingan di seluruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd