• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Cedera Parah Mercun Bola Meletup Di Tangan‎

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Padah bermain mercun bola, seorang pelajar, Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah,14, dikejarkan ke hospital apabila mengalami kecederaan parah akibat terkena letupan mercun yang tidak sempat dilemparkan, dalam kejadian di Kampung Tok Kah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 malam, remaja berkenaan dikatakan keluar dari rumah neneknya selepas berbuka puasa untuk bermain mercun seorang diri di kawasan yang tidak jauh dari situ.

Bagaimanapun, mercun yang dicucuh tidak sempat dilempar dan meletup menyebabkan mangsa cedera di bahagian leher serta melecur di dada.

Kejadian itu disedari oleh nenek mangsa yang mendengar letupan kuat dan melihat cucunya itu dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumah.

Terkejut dan tergamam melihat mangsa cedera parah , nenek mangsa menghubungi ibu saudara pelajar itu yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

Ibu saudara mangsa, Noriah Awang, 41, berkata, ketika kejadian dia turut mendengar letupan kuat dari arah rumah nenek mangsa tetapi tidak dapat melihat apa-apa kerana keadaan sekeliling gelap.

“Saya bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat panggilan telefon mengatakan anak saudara cedera teruk.

“Melihat keadaannya yang agak teruk saya terus membawanya ke Unit kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita.

Katanya, sepanjang perjalanan ke hospital anak sulung dari enam beradik itu tidak berhenti mengerang kesakitan.

“Saya panik melihatnya berlumuran darah sambil memegang lehernya dan hanya terfikir untuk membawanya ke hospital sahaja.

“Saya hanya mampu menyuruhnya bersabar dan beristighfar banyak-banyak apabila dia tidak henti mengadu sakit,” katanya.

Mangsa yang dilapor berada dalam keadaan stabil kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk menjalani pembedahan segera bagi merawat keadaan leher yang cedera teruk. – Sinar Harian

Tags: mercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd