• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN ‘Auta’ Media, Azmin Hilang Entah Ke Mana

oleh
18/06/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Bagi petugas media, maklumat tepat bukan sahaja penting untuk liputan, malah memudahkan perancangan tugasan kerana masa adalah terhad untuk mengejar banyak lagi program lain yang penting.

Malangnya, perkara ini kurang diberi perhatian oleh Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan antara pihak bertanding dalam proses Pilihan Raya Kecil (PRK) serta berlangsung serentak di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Terbaharu sehingga menjadi perbualan ‘panas’ dalam kalangan wartawan ialah ketiadaan secara misteri Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali, walhal wajah beliau terpampang ‘megah’ pada beberapa poster kempen PAN

Menteri Besar Selangor itu sebagai contoh sepatutnya antara penceramah PAN di Bandar Diraja Perak pada Khamis malam waima kemunculan julung kali beliau pasti amat dinanti-nantikan para penyokong dan pihak media sendiri.

Ini kerana setelah dicabar Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, baharulah Mohamad Azmin sedia muncul di Sungai Besar pada Rabu serentak bersama calon PAN dan PAS sekali gus turut mencetuskan kontroversi.

Pada petang Khamis, beliau tiba-tiba membuat kejutan berada di pasar Ramadan di Taman Chandan Putri di sini, mengiringi Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan sepatutnya berbuka puasa di Kampung Lempor Tengah.

Malangnya, Ketua Pembangkang itu dilaporkan terpaksa bergegas balik ke ibu negara lewat petang bagi menziarahi pula suaminya, Anwar Ibrahim yang dikatakan mengadu sakit belakang badan dan dimasukkan ke sebuah hospital.

azmin3

azmin4

Justeru, tumpuan sepenuhnya kini terarah pula kepada Mohamad Azmin sendiri untuk program ceramah pakatan pembangkang di Jalan Temenggong Wan Hassan di pusat bandar Kuala Kangsar selepas waktu berbuka puasa.

Jika dilihat pada poster, wajah beliau ada bersama-sama Presiden PAN, Mohamad Sabu dan ini tentunya menarik ramai audiens datang mendengar hujah tokoh-tokoh pembangkang seperti biasa ‘hentam’ Barisan Nasional (BN).

Lucunya, apa diharapkan adalah sebaliknya dan ketiadaan Mohamad Azmin mengundang rasa tidak ‘puas hati’ bukan sahaja dalam kalangan penyokong tegar pembangkang, bahkan pihak media termasuk propembangkang.

Ada wartawan secara terbuka menyindir pihak urusetia PAN kerana dalam poster, bukan main hebat lagi ‘jaja’ muka Mohamad Azmin tetapi akhirnya ‘habuk’ pun langsung tiada sehingga berjaya menyusahkan mereka sendiri pula.

Tidak kurang menegur sinis ‘media mudah sangat dimainkan’ kerana wartawan terlibat tidak dimaklumkan lebih awal sehingga hampir habis ceramah ‘bosan’ tersebut, baharulah hendak diberitahu cerita yang berlaku sebenarnya.

Ini bukan insiden baharu dan banyak kali maklumat pada poster PAN langsung tidak sama dengan keadaan sebenar, malah lebih teruk, ada juga wartawan dihina secara terbuka oleh pekerja PAN yang berlagak macam samseng.

Bayangkan belum lagi dapat memerintah Malaysia, isu kecil sebegini pun gagal diurus secara baik dan ini jauh beza dengan pihak urusetia BN cekap kemas kini info terbaharu untuk rujukan petugas media. – Mynewshub.cc/HAA

Baca: Geramm Kecam Pemimpin PAN Ugut Wartawan

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd