• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK: Anak Mastura Giat Jumpa Penduduk Kuale

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERBAKI dua hari lagi tempoh untuk berkempen, anak kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, giat berkunjung dari rumah ke rumah bagi menyampaikan salam dan hasrat ibunya, Datin Mastura Mohd. Yazid.

Bermula awal pagi, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khir-ii Anuar, 26; dan Wan Imsr Izzat, 25,; menjelajah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong, manakala Wan Iskandar, 23; dan Wan Muhammad Amar, 19; di DUN Bukit Chandan.

Wan Emir Astar berkata, dia dan tiga adiknya mahu menyampaikan kepada pengundi keazaman ibu mereka untuk menyambung tugas dan khidmat bapa, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad di kawasan Parlimen itu.

Dia gembira kerana sepanjang kunjungan yang sehingga kini kebanyakan penduduk menyatakan sekongan secara terbuka terhadap Mastura

kempen2
Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi bersama sebuah keluarga di Kuala Kangsar.

kempen3

jeng222

“Kami tidak menetapkan sasaran atau golongan yang ingin ditemui kerana seboleh-bolehnya mahu berjumpa semua pengundi dalam tempoh masa yang singkat ini.

“Harapan kami sehingga hari terakhir berkempen, esok, kami dapat pergi ke semua kawasan di Parlimen Kuala Kangsar ini,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian.

Dalam kunjungan itu, 10 penduduk kurang bernasib baik diziarah Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar yang turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Sementara itu, Wan Iskandar berkata, keluarga mereka amat menghargai kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri, yang menawarkan bantuan untuk memenuhi agenda ibunya untuk membangunkan semula Lembah dan Tebing Sungai Perak sebagai pusat pelancongan.

“Hasrat ini memang cita-cita arwah bapa sejak dulu kerana dia cukup suka dengan Sungai Perak dan menyifatkan sungai berkenaan mempunyai banyak potensi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARBNPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd