• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontroversi Dengan Haron Din, Ini Penjelasan Neelofa..

oleh AK-47
16/06/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-gara memuat naik video dirinya sedang berubat dengan seorang pendakwah terkenal, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din di laman Instagram, pelakon dan pengacara Neelofa teruk dihentam netizen.

BACA: Berubat Dengan Haron Din, Cetus Isu Di Instagram Neelofa

Ini ekoran, ramai yang berpendapat video tersebut boleh mendatangkan fitnah kerana ketika proses ruqyah itu dilakukan kelihatan Haron Din meletakkan tangannya di belakang badan Neelofa sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Dalam pada itu, video tersebut turut menimbulkan persoalan peminatnya sama ada bintang kesayangan mereka itu terkena buatan orang.

122152leuluzoeue9433o3.jpg.thumb_

Bagaimanapun, Neelofa tampil menafikan hal itu dan mendakwa hubungan keluarganya dengan pengamal perubatan Islam itu sememangnya rapat.

“Video itu tidak bermaksud apa-apa. Saya tidak terkena buatan orang (sihir) seperti mana yang difikirkan ramai.

“Hubungan keluarga saya dan ustaz (Haron Din) agak rapat. Malah, keluarga kami selalu berkunjung ke kediaman masing-masing.

“Jadi ia sudah menjadi kebiasaan buat kami sekeluarga untuk meminta khidmat kepakaran ustaz apabila beliau berkunjung ke rumah kami,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Neelofa, Haron Din yang juga mursyidul am PAS itu, selalu menyediakan air pendinding pada setiap kali mengadakan kunjungan ke rumahnya.

Dalam pada itu,  jurucakap pusat perubatan Darussyifa yang didirikan oleh Haron Din turut menjelaskan rawatan yang dilakukan kepada pengacara Meletop itu.

“Memang terdapat kaedah meletakkan tangan di tempat sakit. Jika wanita hanya diletakkan di bahagian belakang sahaja namun tidak semua rawatan perlu menyentuh pesakit.

“Ayat ruqyah adalah ayat daripada sumber al-Quran yang digunakan dengan cara tersusun, amalan sunnah Rasulullah serta kaedah lain sebagai ikhtiar merawat pesakit sama ada sakit fizikal atau rohani yang selaras dengan kehendak syarak,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Neelofa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd