PENGUSAHA China dilaporkan berminat membeli kelab elit Liga Perdana, Liverpool. Pengusaha itu memberikan tawaran harga yang cukup tinggi iaitu £ 700 juta atau RM 13.2 billion.
Namun, pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG) menafikan laporan yang mengatakan bahawa pengusaha China ingin membeli kelab tersebut.
Lapor  The Independent , Syarikat SinoFortone cuba membeli kelab itu bernilai £ 700 juta. Pembelian itu berkait dengan rencana sebuah kumpulan pelaburan yang dimiliki oleh Kerajaan China yang komited menghulurkan £ 5.2 bilion untuk beberapa projek di England selama 12 bulan.
Ini menimbulkan spekulasi bahawa SinoFortone mungkin akan membina sebuah stadium baru di kawasan berhampiran Liverpool.
Mereka juga merancang untuk terlibat dalam pembangunan padang pusat latihan kelab tersebut di Melwood dan beberapa akademi bola sepak di China.
Menurut laporan, pada Mac lalu, FSG kelihatan berminat dengan tawaran tersebut. Tapi menurut Liverpool Echo, pemilik kelab yang adalah seorang Amerika mengaku tidak pernah didekati berkaitan rencana tersebut.
Mereka mengatakan tidak pernah berbincang dengan SinoFortone tentang rancangan mengambil alih atau terlibat dalam pelaburan itu.
FSG menegaskan mereka tetap mempunyai kelab Liverpool secara utuh. -MYNEWSHUB.CC

