• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Buat Laporan Dirogol Disabit Salah Berzina

oleh Ahmad Albab
16/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita Belanda disabitkan bersalah melakukan zina oleh mahkamah di Doha, Qatar selepas dia membuat laporan dirinya dirogol ketika sedang bercuti di negara terbabit.

Sehubungan itu Laura, 22, dikenakan hukuman penjara selama setahun. Hukuman itu bagaimana pun ditangguhkan oleh mahkamah.

Laura turut didenda 3,000 riyal Qatar (RM3,280) kerana tidak hadir ke mahkamah dan dia hanya akan dihantar pulang ke negaranya selepas menjelaskan denda tersebut.

Tertuduh, Omar Abdullah al-Hasan yang merupakan warga Syria pula dijatuhi hukuman 100 sebatan kerana berzina dan 40 sebatan kerana kesalahan minum arak.

Selepas ini Hasan akan menjalani pemeriksaan terlebih dahulu di hospital untuk memastikan sama ada dia cukup sihat untuk menjalani hukuman sebatan yang diberikan.

Hasan tidak akan dipenjarakan tetapi dihantar pulang ke negaranya selepas tamat menjalani hukuman sebat yang dijatuhkan.

Duta Belanda ke Qatar, Yvette Burghgraef-van Eechoud menyatakan pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk membantu Laura kembali ke Belanda, beberapa hari lagi.

Laura mendakwa dirinya tidak ingat apa yang berlaku pada malam dia dirogol kecuali keesokan harinya, dia mendapati dirinya berada dalam bilik sebuah apartmen.

Membantah dakwaan Laura bahawa dia merogolnya, Hasan bertegas dia dan Laura sama-sama setuju untuk mengadakan hubungan seks dan Laura juga ada memintanya sejumlah wang.

Hukuman yang diberikan kepada Laura menimbulkan kemarahan ramai kerana terkejut, hukuman dijatuhkan ke atas seseorang yang mendakwa dirinya mangsa rogol. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dohaQATARsebatzina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parlimen Malaysia, Qatar Sepakat Sokong Isu Palestin, Selaras Pendirian Di Pentas Antarabangsa

Parlimen Malaysia, Qatar Sepakat Sokong Isu Palestin, Selaras Pendirian Di Pentas Antarabangsa

29/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Parlimen Malaysia dan Qatar sepakat untuk terus menyokong isu Palestin, menyelaraskan pendirian bersama, serta memperkukuh kerjasama di...

Hukuman Sebat Pesalah Khalwat Dilaksana Selepas Pemeriksaan Kesihatan

Hukuman Sebat Pesalah Khalwat Dilaksana Selepas Pemeriksaan Kesihatan

27/12/2024
0

KUALA TERENGGANU - Hukuman sebatan depan khalayak ramai akan dilaksanakan selepas solat Jumaat hari ini sebaik pemeriksaan kesihatan dijalankan mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd