• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tindakan Terhadap Dr Abdul Rani – PAS

oleh Ahmad Albab
15/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Dr Abdul Rani Osman yang hadir ke program anjuran Parti Amanah Negara (Amanah), semalam, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad.

Katanya, kehadiran calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar itu adalah atas kapasitinya selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru dan bagi meraikan kehadiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kita sudah bincang sebelum itu, dan kita memang merasakan bahawa calon kita patut pergi (ke program) itu, sebab yang hadir adalah menteri besar dan kalau kita lihat menteri besar hadir semalam pun beliau tidak pakai baju parti,” katanya dalam sidang media di markas induk parti itu di Simpang Lima, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kehadiran Dr Abdul Rani ke program anjuran Amanah yang turut dihadiri Mohamed Azmin, semalam.

Pada program itu, Azmin menyatakan sokongannya kepada calon Amanah, Azhar Abdul Shukur untuk PRK itu dan dalam masa yang sama turut mendoakan yang terbaik untuk Dr Abdul Rani.

Mengenai penyebaran mesej palsu menerusi aplikasi WhatsApp berkenaan keputusan Dewan Ulamak PAS Selangor yang kononnya kecewa dengan tindakan Dr Abdul Rani itu, Iskandar berkata ia adalah tindakan terdesak pihak yang sengaja mahu mengeksploitasi isu tersebut. – BERNAMA

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd