• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Korea Selatan Bincang Cadangan Projek HSR KL-Singapura

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Korea Selatan hari ini mengadakan perbincangan dengan Malaysia, antara lain menyentuh kemungkinan penyertaannya dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dicadangkan kerajaan.

Pertemuan yang berlangsung selama sejam antara Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan Kang Hoin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai di sini, antara lain menyentuh projek tersebut.

Apabila ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, Kang berkata perbincangannya dengan Liow mengenai kemungkinan penyertaan syarikat kereta api Korea Selatan dalam projek berkenaan berlangsung dengan baik dan positif.

“Ya, kami membincangkan mengenai projek itu. Liow mengalu-alukan penyertaan Korea Selatan dalam projek ini,” katanya.

Ketika ditanya jangka masa perbincangan itu akan dimuktamadkan dan pihak yang memperoleh tawaran berkenaan, Kang berkata: “prosesnya masih panjang”.

Tahun lepas, Korea Selatan melahirkan minat untuk membida projek sepanjang 350 kilometer yang bermula di Bandar Malaysia, kira-kira tujuh kilometer dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, dan berakhir di Jurong Timur, Singapura.

Dilaporkan, Korea Selatan juga berminat untuk bekerjasama dan berkongsi kepakaran bagi projek itu dengan kerajaan Malaysia, di samping berhasrat menjalin usaha sama dari segi pemindahan teknologi untuk projek pengangkutan berkenaan.

Selain Korea Selatan, Jepun dan China juga membida untuk projek HSR itu.

Korea Selatan, yang menggunapakai sistem Perancis untuk kereta api generasi pertamanya, kini berada di kedudukan keempat dunia dari aspek penggunaan teknologi kereta api berkelajuan tinggi selepas Perancis, Jerman dan Jepun.

Selain projek berkenaan, Kang berkata kedua-dua mereka turut mahu mengukuhkan kerjasama dalam bidang pengangkutan, keselamatan maritim dan penerbangan, yang akan memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.

Kang, tiba di Malaysia pada Isnin, akan berlepas pulang ke Korea Selatan hari ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen BN Bimbang Kemerosotan Kebebasan Media, Gesa Sekatan Kandungan Tidak Disalah Guna

Ahli Parlimen BN Bimbang Kemerosotan Kebebasan Media, Gesa Sekatan Kandungan Tidak Disalah Guna

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyuarakan kebimbangan terhadap kemerosotan kebebasan media di Malaysia, selain mengingatkan kerajaan supaya...

Kemenangan BN Di Melaka Kelak Adalah Hatrik, Insya-Allah – Azhar Sulaiman

Kemenangan BN Di Melaka Kelak Adalah Hatrik, Insya-Allah – Azhar Sulaiman

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Azhar Sulaiman yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kejayaan hatrik dengan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd