• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Tak Boleh Kompromi Soal Keselamatan

oleh Ahmad Albab
15/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh berkompromi dalam perkara berkaitan keselamatan dan keamanan yang menjadi asas kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah peranan pasukan keselamatan lebih mencabar dengan perkembangan bentuk dan corak ancaman terhadap negara dari semasa ke semasa.

“Justeru, setiap anggota keselamatan mestilah berkewajipan memelihara disiplin selain peranan mereka sentiasa signifikan dalam setiap aspek,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada majlis berbuka puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas Kapal Auksiliari (KA) Tun Azizan TLDM di perairan Sabah, dekat Sandakan, semalam.

Keberangkatan tiba baginda di kapal tersebut disambut oleh Timbalan Panglima TLDM Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan dan Panglima Pangkalan Hadapan TLDM Laksamana Pertama Datuk Saifudin Kamarudin.

Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) diiringi Panglima Medan Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Ustaz Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda mengetuai misi ‘Program Jalinan Kasih’ kerajaan Perlis dengan kerjasama MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis melawat anggota keselamatan yang bertugas di pos-pos di pulau-pulau Pamaguan, Libaran, Selingan dan Bakungan Kecil di perbatasan sempadan Filipina sempena Ramadan kali ke-12.

Kenyataan media dan titah baginda pada majlis itu dikeluarkan oleh MAIPs di sini, hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin mengingatkan setiap anggota keselamatan supaya mempertahankan sikap profesional selain peka dengan situasi politik semasa termasuk isu-isu perkauman dan taat kepada pemerintah.

“Saya mendoakan agar fadilat yang melimpah ruah pada bulan Ramadan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam mengukuhkan sahsiah diri dengan memantapkan integriti, kejujuran, keikhlasan dan ketabahan untuk menjadikan hidup lebih bermakna,” tambah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada anggota-anggota TLDM yang bertugas serta menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama mereka di atas kapal tersebut. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd