• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKIM Sahkan Mee Segera Ramyeon-Samyang Halal

oleh AK-47
29/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyangkal dakwaan mengatakan produk mee segera super pedas dari Korea, Ramyeon-Samyang adalah tidak halal seperti mana yang tersebar di media sosial sebelum ini.

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim mengesahkan bahawa mee segera itu adalah halal.

“Status halal produk itu kembali viral di Facebook berikutan tindakan segelintir pihak yang mendakwa mee segera berkenaan adalah haram.

“Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim,” menurut kenyataan itu.

ramennnn

Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh Jakim beberapa bulan yang lalu, mereka mendapati mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan.

Malah, produk itu juga merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini.

Tambah Jakim, KMF mendakwa, syarikat pengeluar patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan.

Pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF.

“Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana tiada DNA khinzir dikesan pada produk tersebut.

“Sehubungan itu pengguna dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan,” tegas JKM.

Terdahulu, beberapa pihak mendakwa produk daripada Korea ini tidak halal, sekali gus menarik perhatian netizen di media sosial. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Jakimmakananmakanan segerastatus halal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd