• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SSM Senarai Hitam Pengarah 56 Syarikat Pelaburan Haram

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SSMKUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan hanya dua daripada 56 syarikat yang disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menjalankan aktiviti pelaburan haram berdaftar dengan badan tersebut.

SSM dalam satu kenyataan media memberitahu, baki syarikat terbabit didapati tidak berdaftar atau tidak wujud berdasarkan semakan yang lakukan oleh SSM.

SSM bagaimanapun menegaskan kesemua pengarah atau peniaga syarikat terbabit akan disenarai hitam bagi memastikan mereka tidak dapat mendaftarkan perniagaan baharu.

“SSM akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat atau entiti perniagaan yang didapati menjalankan aktiviti yang diharamkan walaupun entiti tersebut berdaftar di bawah perundangan yang dikawal selia oleh SSM,” kata kenyataan itu hari ini.

Media pada 7 Jun lalu melaporkan sebanyak 56 syarikat dan kumpulan dikesan menjalankan aktiviti pelaburan haram sehingga mengaut keuntungan berbilion ringgit sejak empat tahun lalu.

Timbalan Pengarah Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid, dipetik berkata, semua syarikat dan kumpulan terbabit disenarai hitam hasil laporan yang dibuat mangsa selepas gagal memperoleh pulangan yang dijanjikan.

Bagaimanapun, kata beliau, ada antara syarikat terbabit yang masih aktif menjalankan kegiatan pelaburan haram dengan menukar nama syarikat bagi mengabui mata pihak berkuasa.

SSM seterusnya berkata, badan tersebut telah mula menyemak senarai entiti yang dipamerkan di laman web BNM pada awal tahun ini.

Menurut kenyataan itu, tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan berhubung keperluan mematuhi Akta Syarikat 1965 seperti menyediakan akaun untung rugi dan serah simpan penyata tahunan juga sedang giat dilakukan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: SSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd