• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kematian Syed Alman, Keterangan Saksi Diambil

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah selesai mengambil keterangan saksi berhubung kes kematian menantu timbalan perdana menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi ketika mendapat rawatan gigi di sebuah klinik swasta di Bangsar, bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata bagaimanapun pihaknya masih menunggu keterangan daripada pakar Kementerian Kesihatan sebelum menghantar laporan penuh kepada pejabat Peguam Negara.

“Dari segi keterangan saksi, kita telah selesai dan kini menunggu keterangan pakar sahaja.
Pengumuman mengenai laporan penuh terpulang kepada laporan pakar kerana saya ingat laporan ini akan ambil masa sedikit dan kita tunggu. Saya tidak pasti itu pihak hospital punya kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan hari raya berupa 55,000 kotak makanan daripada Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) kepada pasukan keselamatan negara, di sini hari ini.

Sumbangan itu disampaikan Yang Dipertua Bakti iaitu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Noor Rashid dalam pada itu berkata, adalah terlalu awal untuk pihaknya memberikan komen mengenai laporan tersebut kerana masih menunggu laporan daripada pakar.

Sebelum ini, polis telah mengambil keterangan 11 individu termasuk dua doktor gigi yang merawat Syed Alman.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata pihaknya telah menyelesaikan siasatan berhubung kematian Syed Alman.

Sementara itu, Noor Rashid berkata pihaknya telah mengesan dua daripada 23 kanak-kanak di negara ini yang menjadi mangsa kepada pesalah pedofilia warga Britain, Richard Huckle.

Katanya, ketika ini polis dalam proses memberi bantuan dari segi khidmat kaunseling terhadap dua kanak-kanak berkenaan dan sekiranya keadaan mangsa stabil, pihaknya akan merekodkan keterangan.

“Dua kanak-kanak telah dikenal pasti dan selebihnya masih dikesan yang dipercayai berada sekitar Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya. – BERNAMA

Tags: Syed Alman Zain Syed Alwi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Didakwa Sebabkan Kematian Menantu Zahid Kekal Bebas

04/02/2020
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan pembebasan pakar obstetrik dan ginekologi, Dr. Ting Teck Chin atas pertuduhan...

Perbicaraan Kes Kematian Menantu TPM Januari

18/10/2016
0

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes seorang doktor perbidanan dan sakit puan (O&G) yang didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd