Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Batal Kahwin Sebab Bakal...

NEW DELHI - Seorang doktor di India nekad mengahwini seorang wanita yang langsung...

Temui Mayat Dipercayai Dilibas...

KLANG - Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai ditikam di beberapa bahagian badan,...

45 Rumah Setinggan Di...

KOTA KINABALU - Kira-kira 45 buah rumah setinggan di Kampung Muhibah, Likas, dekat...

1MDB: Alasan Bodoh Tony...

CERITA asalnya ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua baru-baru ini mencabar...

Perbicaraan Kes Kematian Menantu TPM Januari

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes seorang doktor perbidanan dan sakit puan (O&G) yang didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa mendapatkan rawatan gigi Jun lalu, ditetapkan lima hari bermula 23 hingga 27 Jan 2017.

Hakim Zaman Mohd Noor menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Shukor Abu Bakar yang memohon satu tarikh baharu bagi menyediakan beberapa dokumen berkaitan kes itu yang akan digunakan bagi membantu perbicaraan.

Shukor berkata antara dokumen yang akan diserahkan kepada pihak pembelaan ialah dua laporan daripada farmaseutikal dan satu set yang mengandungi 36 keping gambar di tempat kejadian.

Beliau memaklumkan bahawa pihak pendakwaan juga telah menyerahkan 32 dokumen berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan.

Peguam Dev Kumaraendran yang mewakili Dr. Ting Teck Chin, 36, mengesahkan perkara tersebut dan mahkamah menetapkan 11 November depan sebagai tarikh pengurusan kes dan serahan dokumen.

Pada 12 Ogos lepas, Dr. Ting yang memberi perkhidmatan bius secara sambilan di Pusat Pakar Pergigian Imperial, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, dengan mengetahui bahawa perbuatannya itu mungkin menyebabkan kematian mangsa.

Dr. Ting, yang bertugas di Jabatan O&G di Hospital Kuala Lumpur, didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfields, di sini, antara 6 petang dan 9.05 malam, 1 Jun lepas.


Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah berasingan Hakim Hamri Thamri Mohamad @ Shaharudin menetapkan 11 November depan untuk pengurusan kes bagi pusat pakar pergigian Imperial Dental Specialist Centre Sdn. Bhd. atas sembilan pertuduhan berhubung kematian Syed Alman Zain.

Pengarah syarikatnya Dr. Wong Yen Ling yang mewakili pusat pakar pergigian itu juga mengaku tidak bersalah ketika pendakwaan pada 12 Ogos lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori