• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Luar Negara Dipercayai Terlibat Sabotaj myIMMs

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sindiket luar negara dipercayai turut terlibat dalam kegiatan mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Tanpa mengulas lanjut perkara berkenaan, beliau berkata buat masa ini, siasatan berhubung perkara itu sedang dilakukan oleh pihak polis.

“Kami percaya selain orang tempatan memang ada sindiket luar negara yang terlibat dalam aktiviti ini.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kami tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat mensabotaj sistem ini,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Nur Jazlan berkata mana-mana pegawai dan anggota Imigresen yang disyaki terlibat mensabotaj myIMMs akan dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang kerja.

“Mana-mana (pegawai) yang terbukti terlibat secara langsung dan melanggar undang-undang akan didakwa serta dihadapkan ke mahkamah.

“Kita (Kementerian Dalam Negeri) berhasrat untuk melumpuhkan aktiviti sindiket dan salah laku pegawai Imigresen di semua peringkat untuk jangka masa panjang bagi mengelakkan salah guna kuasa pegawai Imigresen berulang,” katanya.

Pada 9 Jun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata lima pegawai Imigresen ditahan bagi membantu siasatan dan operasi untuk mengesan mereka yang terlibat dalam kegiatan mensabotaj sistem myIMMs akan diteruskan.

Pada 31 Mei, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi berkata seramai 37 pegawai jabatan itu dikenakan tindakan tatatertib sejak Februari lepas kerana terlibat dengan kegiatan mensabotaj myIMMs.

Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 menyatakan myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas. – BERNAMA

Tags: Imigresen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd