• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berita Viral Acappan Sudah Memeluk Islam Tak Benar

oleh AK-47
13/06/2016
dalam Artis, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini media sosial dikejutkan dengan berita bahawa pelawak Acappan sudah memeluk agama Islam.

Dianggap satu berita baik, perkara ini tersebar dengan segera apatah lagi terdapat bukti-bukti meyakinkan termasuk gambar-gambar dan kenyataan daripada individu terlibat.

Mynewshub tidak ketinggalan menyiarkan cerita ini. (Berkat Ramadan, Pelawak Acappan Peluk Islam)

Tidak cukup dengan kisah nama Syahrin ditukar kepada Muhammad Ramadhan, butiran lokasi pengislaman turut dikongsikan pemilik akaun Facebook Maulana Helmi.

maulana helmi

Walau bagamanapun menjelang tengah hari Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, didakwa menafikan kisah viral ini menersi satu laporan disiarkan MStar Online.

“Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

“Saya akui sedang mendalami agama Islam. Sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam,” ujar Acappan yang turut menjelaskan foto-foto yang tersebar diambil ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa di sebuah surau di Salak Tinggi, pada Ahad.

Acappan turut dipetik memberitahu, dirinya dijemput seorang kawan yang ingin memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama pada hari berkenaan. Acappan dilaporkan berkata:

“Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad). Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama.”

Menurut Acappan gara-gara kisah viral dirinya sudah memeluk Islam, dia terpaksa menjawab banyak persoalan baik daripada rakan-rakan mahu pun keluarga.

Tak apalah, hidayah sememangnya milik Allah Taala dan tidak boleh dipaksa-paksa. Islam juga melarang sebarang unsur penipuan biar apa pun alasannya, selain tidak membenarkan penganutnya memburukkan agama orang lain.

Semoga semua pihak berlapang dada dalam hal ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: islammyArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 turut menerima perhatian beberapa...

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd