• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesal Kualiti Projek Perumahan Nelayan Tg. Dawai – Tajul Urus

oleh Ahmad Albab
13/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG DAWAI – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain meluahkan rasa kesal terhadap kualiti projek perumahan nelayan Tanjung Dawai walaupun pembinaannya sudah 80 peratus siap.

Tajul Urus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Pendidikan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), berkata ini kerana terdapat keretakan yang berlaku pada rumah tersebut selain keadaan longkang yang teruk.

“Projek ini sepatutnya siap dalam tempoh dua tahun namun sudah dua kali tempoh lanjutan diberikan, iaitu berjumlah 369 hari, dan pada pandangan saya, dalam tempoh berbaki tiga bulan projek ini tidak mampu siap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mohd Sallehhuddin Hassan, di tapak projek perumahan nelayan Tanjung Dawai di sini, hari ini.

Projek berkenaan membabitkan pembinaan 300 unit rumah semi-D termasuk sebuah dewan serbaguna, tadika, surau dan rumah kedai, di atas tanah berkeluasan 10 hektar.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke Tanjung Dawai pada 31 Okt 2012, sebagai penyelesaian terhadap masalah penempatan nelayan di kawasan terbabit.

“Daripada lawatan hari ini, saya amat kecewa dengan kualiti rumah yang dibina dan masalah paling utama ialah tapak asas yang mana ia sebelum ini adalah hutan bakau, usaha menimbus tanah tanpa memikirkan aspek keselamatan lain hanya akan mengundang masalah lain kelak.

“Dari segi praktiknya, tanah tidak akan sama, akan ada yang rendah dan tinggi dan kesudahannya rumah akan pecah sedangkan nelayan yang tinggal di sini berharap untuk duduk sampai bila-bila di rumah ini,” katanya.

Beliau berharap agar kontraktor terlibat memberi perhatian serius terhadap perkara itu serta beberapa isu lain yang timbul berkenaan projek itu. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd