• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Sarang: Penjawat Awam Antara 30 Ditahan

oleh Ahmad Albab
12/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Penjawat awam berusia 41 tahun antara 30 yang ditahan kerana terbabit penyalahgunaan dadah dalam serbuan menerusi Op Sarang di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Takwa, Pokok Sena, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisisoner Mohd Rozi Jidin berkata serbuan yang bermula 6.30 pagi hingga 1 tengah hari itu dijalankan oleh seorang pegawai dan sepasukan 10 anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Katanya mereka yang ditahan terdiri daripada 30 lelaki warga tempatan berusia 17 hingga 64 tahun dan polis turut merampas 12 peket dadah jenis heroin dan satu peket dadah jenis ganja seberat 15 gram.

“Penjawat awam yang merupakan pekerja di sebuah jabatan kesihatan di daerah Kubang Pasu itu memberitahu ini merupakan kali ketiga dia ditahan sejak terbabit dengan dadah lima tahun lalu dan mengetahui kewujudan sarang dadah tersebut daripada rakan lain.

“Selain penjawat awam terbabit, polis turut menahan seorang lelaki berumur 31 tahun kerana mengedar dadah. Hasil pemeriksaan juga menemui sembilan peket dadah jenis heroin pada lelaki terbabit dan dipercayai dadah tersebut adalah untuk dijual di sekitar Pokok Sena,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Rozi berkata operasi dijalankan selepas hasil tinjauan sejak tiga bulan lalu yang penagih itu menggunakan kandang lembu dan pondok berhampiran sebagai markas untuk melepaskan gian.

“Kesemua mereka mula memasuki kawasan markas seawal 7.30 pagi secara berseorangan dan berpasangan dengan menaiki motosikal dan kereta. Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri di kawasan bukit berhampiran namun berjaya ditahan,” katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Kota Setar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd