• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,000 Keping Tiket Kereta Api Percuma Habis Diedarkan

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suasana di Pintu B, stesen KL Sentral di sini sesak apabila dibanjiri warga kota yang beratur sejak awal pagi ini bagi mendapatkan tiket kereta api percuma Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Sebanyak 1,000 keping tiket itu diedar oleh KTMB sempena Hari Raya Aidifitri dengan kerjasama sebuah syarikat swasta.

Presiden KTMB, Lt Kol (B) Datuk Sarbini Tijan berkata tiket percuma itu adalah untuk perjalanan 3 dan 4 Julai depan melibatkan kesemua destinasi di seluruh negara dari Kuala Lumpur.

“Kali ini KTMB menambah satu laluan iaitu ke Tumpat dengan jumlah tiket sebanyak 300 keping kerana perkhidmatan untuk semua laluan Pantai Timur telah beroperasi sepenuhnya Mei lepas setelah jambatan Kemubu, Kuala Krai yang rosak teruk akibat banjir selesai dibaik pulih,” katanya pada sidang media di sini.

Sarbini berkata, tiket percuma bagi destinasi ke Ipoh, Padang Besar, Johor Baharu akan menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) manakala ke Tumpat pula tren Eastern Holiday.

Sementara itu, seorang anggota tentera yang bertuah mendapat tiket percuma itu, Khairul Anuar Mahmood, 23, berkata ini merupakan kali kedua beliau dapat tiket itu selepas kali pertama pada tahun lepas.

“Alhamdulillah…rezeki sekali lagi buat saya tahun ini. Saya telah merancang awal dengan bersahur di sini bagi menjadi antara orang yang terawal mendapatkan tiket percuma ini.

“Jika setiap kali mahu pulang ke kampung, saya akan berusaha mendapatkan tiket kereta api dahulu kerana perkhidmatannya selesa dan selamat,” katanya yang akan bercuti ke kampung halaman selama satu minggu.

Seorang pelajar Putri Izatul Aqilah Putra Zul Azreih, 19, pula berkata beliau mendapat maklumat mengenai tiket percuma itu menerusi laman sosial Facebook.

“Saya datang di sini bersama ibu seawal 6 pagi bagi mencuba nasib…Saya amat gembira mendapat tawaran seperti ini kerana sudah dua tahun tidak pulang beraya di kampung,” katanya yang akan pulang ke Ulu Tiram. – BERNAMA

Tags: KTMBtiket
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Tawar 11,888 Tempat Duduk Tambahan Sempena Deepavali 2026

KTMB Tawar 11,888 Tempat Duduk Tambahan Sempena Deepavali 2026

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan sebanyak 11,888 tempat duduk tambahan menerusi perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan...

KTMB Mohon Maaf Perkhidmatan ETS dan KTM Terganggu, Telah Kembali Pulih

KTMB Mohon Maaf Perkhidmatan ETS dan KTM Terganggu, Telah Kembali Pulih

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memohon maaf kepada penumpang susulan gangguan yang menjejaskan perkhidmatan ETS dan KTM...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd