• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri & Seorang Pemuda Ditahan, Dadah Dirampas

oleh Ahmad Albab
10/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Sepasang suami isteri dan seorang pemuda diberkas bersama pelbagai jenis dadah yang bernilai hampir RM17,000 pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata ketiga-tiga mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di bandar Bukit Besi kira kira pukul 9.30 pagi.

Katanya hasil pemeriksaan di bahagian ruang tamu, pihaknya mengesan seorang lelaki berusia 31 tahun dan menjumpai serbuk putih dipercayai syabu kira-kira 8.8 gram bersamanya.

“Pemeriksaan lanjut di bilik bahagian dapur rumah tersebut kita menemui pasangan suami isteri berkenaan…kita juga terpaksa memecahkan pintu bilik tersebut ekoran penghuni enggan membuka pintu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut di dalam bilik yang dihuni pasangan suami isteri itu, pihaknya menemui 22 botol plastik berpenutup kuning berisi dadah dipercayai heroin serta dadah jenis syabu kira-kira 1.67 gram yang disembunyikan di dalam sebuah beg.

Susulan penahanan itu pihaknya berjaya merampas dadah jenis heroin bernilai RM 15,400 dan syabu kira-kira RM 1,100.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

Ahmad Zailani berkata dua suspek lelaki berasal dari Kelantan manakala wanita berkenaan yang berasal dari Dungun ditahan reman sehingga 15 Jun ini untuk siasatan lanjut.

Katanya hasil semakan rekod juga mendapati kesemua mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd