• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Sensitif, Nizar Mohon Maaf Kepada Mastura & Keluarga

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini tampil meminta maaf susulan kenyataan ‘balasan Allah’ terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), tanpa memikirkan perasaan keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Nizar pada ceramahnya malam Isnin lalu mengatakan “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberi kekalahan kepada BN) kerana kamu BN kurang ajar kepada pilihan rakyat.”

Nizar berkata sebagai seorang suami dan bapa, beliau memohon maaf kepada calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, anak-anaknya dan kesemua ahli keluarga arwah sekiranya terguris dan rasa terhina atas perbuatannya.

“Permohonan kemaafan tidak bersyarat ini adalah tanda keluhuran hati saya yang amat bersimpati dengan ketentuan Ilahi menimpa Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad,” katanya seperti disiarkan Berita Harian, hari ini.

BERKAITAN: Datin Mastura Maafkan Penfitnah Termasuk Nizar

Dalam pada itu anak kedua Mastura, Wan Imar Izzat melahirkan rasa kesalnya apabila perkara sensitif pun tergamak dipolitikkan Nizar.

“Kami sebenarnya amat terguris.. isu begini tidak boleh dipolitikkan. Kami masih dalam proses berkabung dan bersedih dengan kehilangan arwah, jadi bila isu arwah dipolitikkan, kami sangat-sangat terguris hati,” katanya dalam laporan disiarkan Malaysiakini.

Meskipun meminta maaf namun Nizar yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak tetap berkeras bahawa kenyataan dalam satu ucapannya di ceramah pada Isnin lalu, telah diputar belit. – MYNEWSHUB.CC

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: kematianmohon maafNizar Jamaluddinpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khoo Poay Tiong Mohon Maaf – “Saya Ambil Tanggungjawab Sepenuhnya Atas Kekhilafan”

Khoo Poay Tiong Mohon Maaf – “Saya Ambil Tanggungjawab Sepenuhnya Atas Kekhilafan”

21/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memohon maaf secara terbuka susulan hantaran beliau sebelum ini berhubung arahan penutupan...

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah menggunakan aplikasi navigasi TuJu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.