• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Kereta Klon Beralih Taktik

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Sindiket klon kereta Singapura kini didapati beralih pula menggunakan laman jual beli barangan Carousell untuk mendekati bakal pembeli mereka dan tidak lagi menggunakan Facebook.

Menerusi pemerhatian Bernama, terdapat sekurang-kurangnya enam ‘pengguna’ Carousell yang berpangkalan di Johor Baharu secara terang-terangan mengiklankan kereta mereka di laman tersebut.

Tiga daripadanya menyertai laman itu sejak awal tahun ini manakala tiga lagi sejak Mac tahun lalu.

Kenderaan yang dijual mereka merangkumi pelbagai jenama dan model termasuk Volkswagen Scirocco, Honda Jazz dan Stream, Toyota Vios dan Wish, Nissan Sentra, Mazda 3, BMWe90 320i serta Mercedez A170 dan Class 350.

Harga yang ditawar pula serendah RM2,800 sehingga RM30,000 yang rata-rata kenderaannya didakwa berada dalam keadaan ‘tip-top’, bebas kemalangan dan kerosakan.

Terdapat pengguna yang mempunyai 3,400 pengikut dan mendakwa mereka adalah penjual yang boleh dipercayai.

“Anda boleh view feedback customer kami. Kami juga hampir setiap hari upload kereta untuk dijual dalam page ini. Diharap jangan banyak permintaan seperti nak complete dokumen dan sebagainya seperti anda beli kereta kat used car show room.

“Tengok pada harga pun anda sudah tahu dan jelas!,” katanya.

Untuk berurus niaga, penjual mengalakkan pelanggan menghubungi atau menghantar terus mesej kepadanya menerusi nombor telefon yang tertera.

Apabila pelanggan mengesahkan pembelian, penjual akan meminta pembeli membayar sejumlah deposit yang bagi kereta Suzuki Wish yang siap dihantar ke Kuala Lumpur misalnya, penjual meminta deposit RM1,500 daripada harga sebenar RM5,500.

“Baki akan dibayar semasa mengambil kereta. Urus niaga hanya dalam bentuk tunai, tiada bayaran bulanan disediakan.

“Sebarang insiden di atas jalan adalah tanggungan sendiri dan rakyat asing (bukan rakyat Malaysia) tidak dibenarkan membeli,” kata penjual itu.

Selesai urus niaga, pembeli akan dibekalkan dengan cukai jalan dan nombor pendaftaran klon selain ‘log card’ kenderaan Singapura tersebut.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Mohd Rusdi Mohd Darus berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai penjualan tersebut.

Beliau berkata pihaknya maklum sindiket kereta klon kini menggunakan pelbagai medium untuk mendekati orang ramai, namun mereka boleh menyemak kenderaan yang dijual dengan pihak JPJ sebelum meneruskan pembelian.

“Terutama sekali bagi kenderaan yang lebih murah daripada harga pasaran. Mereka perlu berhati-hati. Tetapi berdasarkan iklan ini, jelas mengatakan kereta yang dijual adalah kereta klon dan pembeli semestinya tahu risiko membelinya,” katanya.

Menurut Mohd Rusdi, sekiranya dikesan dan ditemui sewaktu menggunakan kenderaan berkenaan, pemiliknya akan dihadapkan ke mahkamah manakala kenderaan pula akan disita.

Jika sabit kesalahan, pembeli boleh dikenakan denda maksimum RM12,000 dan dilucutkan hak ke atas kenderaan tersebut, tambahnya.

Beliau berkata sejak tahun lepas sehingga kini, 363 kenderaan klon telah dirampas di Johor dengan 14 daripadanya sudah mendapat perintah mahkamah untuk dilucutkan hak manakala dua lagi kes masih menunggu untuk didakwa. – BERNAMA

Tags: keretaklon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

🚗 KERETA TAK ADA? JANGAN RISAU! 🚗

🚗 KERETA TAK ADA? JANGAN RISAU! 🚗

19/06/2026
0

🚗 KERETA TAK ADA? JANGAN RISAU! 🚗 Nak balik kampung? Bercuti? Urusan kerja? Atau kereta sendiri masuk bengkel? Tak perlu...

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

Kanak-Kanak 3 Tahun Nyaris Maut, Tercampak Keluar Kereta Dipandu Bapa

07/04/2025
0

LIPIS : Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai tercampak dan tercicir dari kereta yang dipandu bapanya di KM 7, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd