• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teater Lela Manja Satukan Nabila Huda, Aeril Zafrel

oleh AK-47
10/06/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

INGAT lagikah anda pada filem klasik Melayu Lela Manja arahan Datuk Jamil Sulong, yang diterajui A.Rahim dan Normadiah pada era 60an dahulu?

Kini, lebih lima dekad kemudian, buat julung kalinya karya ini bakal akan diadaptasikan dalam bentuk pementasan teater di Panggung Sari di Istana Budaya pada penghujung Julai ini.

Penerbit teater ini, Mahmud Datuk Ahmad berkata, cetusan idea menghasilkan teater ini bertujuan mengenengahkan filem Melayu klasik ke pementasan teater dan mengangkat martabat klasik di persada antarabangsa.

_IBC2274
Penerbit teater Lela Manja bersama Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani dan barisan pelakon pementasan tersebut.

 

“Teater Lela Manja memiliki kekuatan tersendiri apabila memiliki unsur-unsur nasihat dan ketaatan serta kecintaan kepada negara.

“Ia turut mengajak penonton mendalami maksud tersirat dan tersurat dalam setiap bait-bait lakonan para pelakon serta menggabungkan teknik pementasan teater dan kecanggihan di Panggung Sari.

“Kami memilih Istana Budaya sebagai lokasi pementasan kerana ianya merupakan lambang kemegahan dalam industry kreatif teater negara dan merupakan antara 10 panggung tercanggih di dunia dan setanding dengan Royal Albert Hall di London,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media teater Lela Manja di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Lela Manja bakal mempertaruhkan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Nabila Huda, Aeril Zafrel, Hafidz Roshdi, Syazwan Zulkifli.

Diarahkan oleh Ramli Lani dan dibantu Khairulnazwan Rodzy serta skrip oleh Hairul Anuar Harun, peminat boleh menyaksikan sendiri aksi pelakon-pelakon handalan teater ini pada harga tiket serendah RM30 hingga RM250.

Tiket-tiket Lela Manja ini boleh didapati di AirAsiaRedtix.com dan akan dipentaskan selama enam hari bermula 22, 23, 24, 29, 30 dan 31 Julai ini.

Lela Manja mengisahkan dua beradik yang menjadi mangsa kekejaman serta keadaan.

Kehadiran ibu tirinya telah mengubah corak hidup mereka berdua. Mereka di seksa sejak kecil dan diperlakukan seperti hamba. Keperitan hidup mereka berdua bertambah apabila ayahandanya pula di bunuh di depan mata.

Maka kerana ketakutan itu, dua beradik ini terpisah di dalam hutan.-MYNEWSHUB.CC

 

Tags: Istana Budayateater
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Universiti Malaya Mohon Maaf Persembahan Teater Tidak Bermoral

Universiti Malaya Mohon Maaf Persembahan Teater Tidak Bermoral

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung isu adegan dalam sebuah persembahan teater yang tular di...

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan kekesalan terhadap satu kejadian yang didakwa berlaku di sebuah universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd