• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Sabu Dakwa 1.4 Juta Sertai Deklarasi Rakyat?

oleh
09/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Jika tidak buat lawak, itu bukan Mohamad Sabu namanya dan inilah berlaku ketika Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu memberi ceramah di Taman Sri Manong di sini lewat Rabu.

Berucap sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di hadapan 30 orang penduduk taman perumahan tersebut, beliau memaklumkan angka terbaharu yang sudah pun menandatangani Deklarasi Rakyat.

Dengan penuh yakin dan tanpa sebarang rujukan teks, Mohamad Sabut mendakwa sehingga kini 1.4 juta rakyat Malaysia sanggup menurunkan tandatangan mereka menerusi deklarasi anjuran Tun Dr. Mahathir Mohamad itu.

“Setakat ini sudah lebih 1.4 juta menyertai Deklarasi Rakyat dan jumlah ini akan bertambah lagi untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai tanda rakyat menolak Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Entahlah sama ada bekas pemimpin PAS selama 37 tahun itu membaca berita menerusi media massa atau tidak, angka yang diucapkannya tersebut menyebabkan ramai hadirin ‘terlopong kagum’ seperti tidak dapat percaya.

Untuk rekod, beberapa hari lalu, Mahathir membuat kenyataan mendakwa kira-kira 300,000 borang deklarasi itu didapati adalah palsu, sekali gus menafikan catatan 1.2 juta rakyat Malaysia yang menandatangani memo tersebut.

Ini bermakna jika benar apa dikatakan Mahathir itu, setakat ini hanya 900,000 penduduk negara kita menyertai Deklarasi Rakyat dan secara tidak langsung bererti matlamat sejuta tandatangan yang disasarkannya gagal dicapai.

Ceramah PAN

Terdahulu sekadar makluman, jurucakap penganjur deklarasi itu mengesahkan tidak sampai 800,000 menurunkan tandatangan dan tiba-tiba selepas 48 jam kemudian, Mahathir mengumumkan 1.2 juta tandatangan berjaya dikutip.

Kejayaan cukup luar biasa memperoleh tambahan 400,000 tandatangan dalam masa kurang dua hari itu akhirnya terjawab apabila seorang pengaturcara komputer mendakwa dia dibayar penganjur membuat tandatangan palsu.

Ini termasuk membuat salinan daripada senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya, selain ada maklumat peserta tandatangan yang diulang beberapa kali termasuk individu sudah meninggal dunia dan warganegara asing.

Susulan pendedahan tersebut, beberapa laporan polis dibuat di seluruh negara oleh pelbagai pihak yang bimbang nama mereka disalah guna pihak penganjur Deklarasi Rakyat sehingga menjejaskan maruah individu tidak berdosa.

Lucunya, jika mendengar ucapan Mohamad Sabu berhubung 1.4 juta tandatangan sudah dikutip, ia mungkin boleh menimbulkan tanda tanya, apakah ini satu lagi strategi perang saraf atau penipuan terbaharu Mahathir sendiri.

Atau jika benar kesemuanya adalah tulen, eloklah dicadangkan Deklarasi Rakyat disenaraikan dalam Malaysia Book of Record atau Guinness World of Record sebagai petisyen paling banyak diraih dalam masa cukup singkat. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd