• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Sekat Penjawat Awam Guna Internet

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk menyekat akses kemudahan internet di kalangan penjawat awam dengan tujuan menghalang kebocoran maklumat kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Susulan pengumuman kerajaan Singapura untuk mengenakan sekatan kemudahan internet di pejabat kerajaan ke atas penjawat awam mereka bermula Mei tahun depan, beliau berkata isu kebocoran maklumat bukan lagi menjadi isu utama di negara ini.

Malah katanya menyekat penggunaan internet tidak secara keseluruhannya mampu menghalang kebocoran maklumat.

“Kalau tidak ada internet sekalipun, masih ada lagi cara komunikasi lain yang boleh digunakan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Berbuka Bersama Anak-anak Yatim dan Asnaf Rumah Nur Kasih Bestari, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengakui terdapat kes kebocoran data dan maklumat kerajaan, Ali Hamsa berkata kerajaan mempunyai proses sedia ada untuk mengambil tindakan ke atas pegawai yang mengeluarkan maklumat rahsia kerajaan.

“Terdapat kes-kes tertentu seperti penyebaran maklumat rahsia melalui aplikasi Whatsapp dan pegawai yang terbabit telahpun dipanggil dan dikenakan tindakan tatatertib,” katanya. – BERNAMA

Tags: Penjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd