• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nizar! Agama Bukan Sepatu Politik Buat Pijak Tahi!

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU semua perkara yang tidak menguntungkan dianggap bala, sampai bila pun kita tidak akan memahami qadak dan qadar. Kalau kita memimpin parti Islam, dan menyifatkan semua bencana ke atas orang lain semata-mata kerana Allah sayangkan kita – maknanya eloklah kita memimpin parti mangkuk tingkat saja.

Orang yang naif dan munafik pun dalam banyak keadaan akan memahami bahawa bencana terjadi kerana takdir. Orang yang tidak celik hukum-hakam pun dalam banyak keadaan akan faham: Ujian terhadap orang lain adalah detik untuk kita turut menginsafi diri.

Kecuali orang nombor dua PAN Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Orang ini sangat semberono dan kerap meletakkan akal budinya di kepala lutut. Nizar boleh main politik, sebab politik memang mainannya.

Cuma diingatkan pada Nizar sempena Ramadan Al Karim ini supaya berhati-hati menggunakan lidahnya. Supaya tidak dilihat seperti pantun jenaka orang utara: “Limau purut tiga serangkai, buta perut tak ada akai!”

Mencela kematian bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai hukuman pembalasan Allah pada BN, sesuatu kebodohan yang sukar dimaafkan.

Orang jahil dan munafik pun fikir banyak kali untuk sampai hati menyeranah sedemikian kasar. Agak menyedihkan, seorang yang dakwa pencinta agama dan berpolitik demi agama Islamnya sanggup bertutur sebodoh itu.

Dalam suasana hangat berkempen PRK Kuala Kangsar untuk memastikan kemaruk PAN memiliki kerusi pertama di parlimen, kempenlah semahu-mahu anda. Cuma jaga akhlak kerana agama menjadi sebahagian jubah politik PAN.

Nizar nampaknya berpolitik untuk melempiaskan nafsu serakahnya; rasa benci dan dendam tidak bersempadan terhadap Umno dan BN. Nizar nampaknya sanggup meletakkan sepasang kaki dalam agama yang dijadikan sepatu untuk melindungi langkah kakinya.

Malah, tanpa peduli sekali pun sepatu itu terpaksa digunakan untuk memijak najis di jalanan. Orang seperti Nizar sanggup menyeret agama dalam kemahuan nafsu politik, untuk sekadar memenuhi kehendak psiko yang sadis serta mencela takdir.

Sudah-sudahlan Nizar. Anda memakai nama agama dengan akhlak yang buruk. Jubah agama anda sanggup gayakan sekali pun bertujuan untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat semata-mata untuk menyebarkan kebencian dan permusuhan.

Politik meyediakan ruang untuk orang bodoh, tetapi jangan perbodohkan agama. Politik menyediakan tempat untuk orang yang pendek akal dan dangkal, tapi jangan jadikan agama alat untuk permainan dalam pembunuhan karektor. Nizar meletakkan tahap politik orang Islam Melayu ke tepi longkang.

Ingat! Antara berani dan biadap banyak bezanya.

Ingatlah Nizar, akhlak anda bukan milik peribadi. Insaflah… kerana anda membawa agama ke sana-sini sebagai senjata perjuangan. Jangan kerana kuasa politik anda menjadikan agama satu kehinaan.

Anda boleh mengejar matlamat sekali pun demi menjadi orang paling berkuasa. Tetapi jagalah kemurnian agama yang menjadi sebahagian pakaian politik anda.

Kecualilah kalau anda seorang komunis yang sememangnya beranggapan: “Tuhan sudah mati dan agama hanyalah candu!” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nizar Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tampil Aziz Bari, Calon Melayu Bakal MB Perak?

16/04/2018
0

ALAHAI... Selepas gagal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, bekas pensyarah, Dr. Abdul Aziz Bari sekali lagi dicalonkan DAP untuk...

Pesuruhjaya PAS Perak Kena Bayar RM200k Kepada Nizar

12/11/2017
0

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar RM200,000 kepada bekas Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd