Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Video: Perompak Berpisau ‘Tunggu’...

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita nyaris dirompak dalam satu kejadian di...

BAM Bakal Lakukan Rombakan...

SEPANG - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal menyusun semula pasukan dan pemain negara...

PAS Pertimbang DUN Untuk...

KOTA BHARU - Pas mungkin mempertimbangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sesuai untuk...

Tukang Masak Bangladesh Dituduh...

HULU SELANGOR - Seorang tukang masak warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret Kuala...

DAP Tampil Aziz Bari, Calon Melayu Bakal MB Perak?

ALAHAI… Selepas gagal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, bekas pensyarah, Dr. Abdul Aziz Bari sekali lagi dicalonkan DAP untuk bertanding tetapi kali ini berpindah pula kerusi ke Perak.

Beliau yang menyertai DAP sejak 2015, diumumkam secara rasmi sebagai calon Pakatan Harapan (PH) mewakili DAP untuk kerusi selamat parti cauvinis itu Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi pada PRU ke-14 kali ini.

Media tempatan melaporkan bahawa pengumuman yang agak mengejutkan pelbagai pihak itu dibuat sendiri oleh penyandangnya, Ong Boon Piow dalam satu ceramah politik anjuran PH Perak di Station 18, di Ipoh, pada Jumaat.

Dalam ceramahnya, Abdul Aziz yang pernah bertanding pada di kerusi Parlimen Sabak Bernam atas tiket PKR pada PRU ke-13 tetapi tewas kepada BN, berkata, beliau telah bertemu rakyat setempat bagi mendengar luahan mereka.

“InsyaAllah, jika saya berjaya dipilih dengan menang sebagai calon di DUN Tebing Tinggi, banyak yang kita akan bantu selepas ini. Tapi biarlah kita menang sebagai kerajaan, bukan pula menjadi pembangkang lagi.

“Pelbagai tawaran kita senaraikan melalui manifesto seperti kad peduli sihat, bantuan pinjaman kepada usahawan dan sebagainya jika Pakatan Harapan dapat membentuk kerajaan negeri,” kata Abdul Aziz dengan nada yakin.

Hadir sama pada siri ceramah itu ialah Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh; Ketua Pemuda Sosialis DAP Perak, Howard Lee Chuan How dan Timbalan Pengerusi PAN Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


Abdul Aziz yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak 1989 sebelum digantung tugas pada 2011 ekoran ulasan biadab terhadap Sultan Selangor.

Penganalisis politik tempatan menyifatkan pemilihan beliau hanya sebagai strategi persediaan DAP untuk menjadi calon menteri besar jika pakatan itu menang di Perak sekali lagi selepas gagal berbuat demikian pada PRU ke-12.

Ketika itu, DAP langsung tiada wakil Melayu waima memiliki kerusi paling banyak dan terpaksa menjadikan Nizar sebagai boneka sebelum kerajaan negeri tersebut tumbang kepada BN pada 2009. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori