PUJIAN harus diberikan kepada lelaki ini kerana punyai sifat hormat dan sayangkan ibunya yang mendalam.
Sebagai tanda kasih sayang juga, dia telah membelikan ibunya telefon pintar. Kisah ini dikongsikannya menerusi Facebook.
Menurut Arrun Kumar, ibunya bagaimanapun tidak pandai menggunakan telefon pintar berkenaan malah berasa pelik kerana ia tidak mempunyai nombor untuk ditekan.
Hal ini membuatkan dia berasa geli hati tetapi selepas menyedari sesuatu, Arrun segera memeluk ibunya. Berikut luahan hatinya yang ringkas namun menyentuh perasaan..

Walaupun hadiah yang diberi tak sampai seujung kuku dari seluruh pengorbanan seorang ibu, apa yang penting jangan dilupakan perjuangan ibu yang sudah menjaga dan membesarkan kita hingga dewasa dan mencapai kejayaan.
Tidak ada seorang pun ibu yang mahu anaknya gagal akan tetapi ibu juga tidak mengharapkan apa yang sudah dikorbankan mesti dibalas anaknya. Inilah contoh seorang anak yang ‘sejuk perut ibunya mengandung’. –  MYNEWSHUB.COM

