• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Kanada Ini Turut Berpuasa Di Bulan Ramadhan

oleh AK-47
08/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ahli parlimen Kanada Mark Holland mengejutkan seluruh dunia apabila mengakui turut berpuasa selama sebulan ketika Ramadhan.

Pengakuan yang dibuat ketika sidang parlimen baru-baru ini sekali gus mencetuskan rasa kagum umat Islam seluruh dunia.

Menurut Holland, dia mahu berpuasa demi merasai pengalaman orang susah dan pada masa yang sama menyokong pertubuhan amal yang dikenali sebagai ‘Give 30’.

Mark Holland G8 - G20 committee public safety 6067

Difahamkan, pada tahun lalu Holland turut berjaya melaksanakan puasa selama sebulan.

Berikut adalah ucapannya yang telah menjadi viral di laman sosial;

“Tuan Speaker, minggu depan beratus-ratus ribu rakyat Kanada termasuk orang Islam di seluruh dunia akan menyambut Ramadan. Oleh itu, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada semua umat Islam, selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

“Tahun lepas, saya berpeluang untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Ianya adalah sesuatu yang saya akan lakukan lagi untuk menyokong amal yang dipanggil nama ‘Give 30’, iaitu dengan menggunakan wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk makan setiap hari ketika berpuasa diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Apabila saya berpuasa, ianya adalah satu pengalaman yang luar biasa kerana dapat merasa apa yang dirasai orang susah alami ketika lapar. Sudah tentu, saya merasa amat lega apabila sudah di penghujung waktu berbuka.

“Tetapi, tidak bagi sesetengah kanak-kanak di Kanada dan di seluruh dunia yang susah. Mereka perlu melaluinya sepanjang hari dan cuba untuk belajar menyesuaikan diri untuk masa depan mereka tanpa bantuan makanan.

“Amal ini memberi peluang untuk kita berfikir itu dan menggunakan kuasa Ramadan untuk membantu orang lain,” ujarnya.

Ucapan Holland tersebut turut mendapat tepukan gemuruh dan standing ovation dari ahli parlimen yang lain.

Walaupun apa yang dilakukan Holland adalah kecil, tetapi usahanya itu besar maknanya pada orang susah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KanadaParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd