• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Ex-GF Suruh Pulangkan Semula Wang Yang Dibelanjakan

oleh AK-47
08/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki dari Rusia telah menyaman bekas teman wanitanya agar memulangkan semula wang yang telah dibelanjakan lelaki tersebut sepanjang tempoh dua tahun mereka bercinta.

Wanita malang itu, Nina Zgurskaya berkata, hubungannya dengan pemilik sebuah firma guaman itu putus di tengah jalan ketika mereka bergaduh besar semasa sedang bercuti di pusat peranginan romantik di Crimea, baru-baru ini.

Pergaduhan tercetus selepas Nina mengharapkan lelaki itu melamarnya namun sebaliknya terjadi apabila mereka bertengkar disebabkan perkara tersebut.

nina1
Nina Zgurskaya

Susulan pergaduhan itu, Nina telah meminta hubungan mereka diputuskan.

“Kami bercuti ke Fedosia, Crimea selama 12 hari dan saya ingat dia akan melamar saya dalam percutian romantik itu, namun saya kecewa bila tidak dilamar dan meminta putus hari itu juga,” katanya kepada sebuah stesen televisyen tempatan.

Beberapa minggu selepas itu, Nina menerima surat saman yang mana bekas teman lelaki menuntut Nina mengembalikan semula wang yang telah dibelanjakan keatasnya.

Dalam surat itu juga terselit salinan resit-resit kedai bunga, restoran dan kafe yang pernah dikunjungi mereka sepanjang berhubungan.

Wang yang perlu dibayar Nina keseluruhannya berjumlah 45,000 ruble (RM2,826).

Walaupun pihak mahkamah telah menolak tuntutan saman lelaki tersebut, namun bekas teman lelaki Nina masih tidak berputus asa dan kini sedang berusaha untuk membuat rayuan agar pemohonannya diluluskan.

Dalam tuntutannya itu, lelaki itu menyebut bahawa dia berhak menuntut jumlah wang tersebut kerana sepanjang berhubungan dia tidak pernah menganggap Nina sebagai teman wanitanya.

“Dia tidak mempunyai bukti untuk mengatakan kami pernah bercinta. Saya tak pernah berkata yang saya akan memberikan dia hadiah atau percutian percuma. Adakah tuntutan saya ini tidak boleh dibawa ke mahkamah? Perlukah saya berikan wang kepada setiap wanita yang saya jumpa di jalanan?” sinis lelaki tersebut yang enggan mendedahkan identitinya kepada pihak pemberita. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Rusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd