• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Bantuan Zakat Kini Lebih Mudah

oleh Ahmad Albab
08/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) telah melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan bantuan zakat termasuk mempermudah proses mengemukakan permohonan bantuan.

Ketua Unit Komunikasi Korporat MAIWP Wan Ahmad Fadhli Shah Wan Mohamad Zain berkata pemohon kini hanya perlu mengisi sehelai borang mengandungi dua halaman berbanding lapan halaman sebelum ini.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata pemohon hanya perlu menyertakan salinan dokumen asas iaitu kad pengenalan dan dokumen yang menyokong permohonan mereka.

“Misalnya jika pemohon memerlukan bantuan perubatan, maka surat pengesahan daripada hospital diperlukan dengan menyatakan jenis rawatan dan keperluan yang dihendaki,” katanya, sambil menambah pemohon tidak perlu mendapatkan pengesahan pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya.

Beliau mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa prosedur permohonan bantuan zakat agak menyusahkan dan mengambil masa lama untuk diluluskan.

Wan Ahmad Fadhli berkata ia mungkin timbul akibat kurang faham dengan kaedah permohonan selain dan situasi pemohon tidak memberi maklumat sebenar atau maklumat mengelirukan dalam permohonan mereka.

Beliau seterusnya berkata MAIWP dari semasa ke semasa mengadakan program menjejaki asnaf menerusi Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP bertujuan mencari mereka yang layak menerima bantuan zakat.

“Bagaimanapun, sekiranya pemohon terkeluar daripada golongan asnaf atau terdapat unsur penipuan maka bantuan kepada mereka akan ditamatkan,” katanya.

Dalam pada itu, MAIWP telah membuka lebih banyak Pusat Agihan Zakat Baitulmal di Wilayah Persekutuan mengikut kawasan parlimen bertujuan memudahkan orang ramai datang membuat permohonan atau mengemukakan pertanyaan, katanya.

Beliau berkata pemohon boleh menghubungi Baitulmal di talian bebas tol 1-800-88-5222 tanpa dikenakan sebarang caj bayaran, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline 012-5183614 atau 012-5127614 untuk menyalurkan maklumat mengenai golongan asnaf dan miskin.

Masyarakat juga boleh memberi kerjasama dengan memberi maklumat kepada MAIWP sekiranya mengetahui tentang golongan yang memerlukan bantuan termasuk kewangan.- BERNAMA

Tags: Zakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd