• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Marah Nama Parti Itu Disebut PAN, Bukan Amanah

oleh
08/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Nampaknya pengaruh jentera siber prokerajaan yang dipandang rendah selama ini kini benar-benar berubah memberi impak kepada komponen sekutu Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN).

Terkesan teruk dengan perang saraf secara maya itu, parti serpihan PAS tersebut hari ini terpaksa merayu semua media arus perdana yang sekian lama ‘dihina’ pembangkang agar merujuk mereka sebagai Amanah bukan PAN.

Permintaan yang agak kelakar itu disuarakan oleh Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi ketika sidang media di bilik gerakan pejabat parti tersebut sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di sini pada Selasa.

Beliau dilaporkan menegaskan kepada media tempatan supaya tidak lagi menulis nama singkatan PAN bagi lapor berita mengenai parti berkenaan yang dipercayai mungkin bimbang dengan konotasi penggunaan singkatan itu.

Namun beliau memberi alasan berlapik bahawa pihak parti itu tidak mahu panggilan akronim PAN kerana singkatan nama parti tersebut didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai Amanah.

“Kami didaftarkan atas nama Parti Amanah Negara, dan singkatan kepada kami adalah Amanah bukannya sebagai PAN. Saya melihat ada kecenderungan sesetengah pihak media masih lagi sering menggunakan nama PAN.

“Saya mahu membetulkan perkara itu. Saya telahpun menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti berhubung bantahan lembut meminta pembetulan daripada media supaya tolong merujuk kami selepas ini sebagai Amanah.

Baca: Logo Parti Amanah Kebetulan Sama Atau Memang Ciplak?

“Saya minta, perkara lalu (laporan berita dengan singkatan PAN) menjadi yang terakhir. Saya minta kerjasama daripada semua media supaya membetulkannya. Kerana ia (panggilan itu) amat mengelirukan para pengundi.

“Jika dibaca dalam media (arus perdana) adalah PAN dan tentu pengundi tempatan sendiri akan bertanya, parti mana pula yang bertanding ni?” kata Asmuni lagi sekali gus memberi mesej bahawa parti itu belum dikenali ramai.

Ironi, jika Amanah didaftarkan rasmi dengan RoS, bagaimana pun penggunaan Pakatan Harapan oleh pemimpin tiga parti pembangkang terbabit secara meluas, walhal nama itu pun tidak pernah didaftarkan dengan pihak RoS.

Setakat ini selain media yang diketahui memang totok anti-Barisan Nasional (BN) merujuk PAN sebagai singkatan Amanah, hanya agensi berita rasmi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengguna pakai Amanah.

Manakala pihak media prokerajaan BN merujuk parti itu dengan akronim PAN sebagai in-house-style atau gaya penulisan rasmi untuk pemberitaan atas pelbagai faktor termasuk lebih ringkas dan tidak ‘memakan’ banyak ruang.

Ini juga mengelak kekeliruan dengan pelbagai organisasi lain seperti Amanah Saham Nasional Berhad, Amanah Ikhtiar Malaysia dan badan bukan kerajaan yang diselia penulis blog ternama Raja Petra Kamaruddin, AMANAH.

Penggunaan akronim lazimnya ditentukan sendiri pihak pengurusan organisasi media tersebut seperti PAS, bukan PIS merujuk Parti Islam Se-Malaysia serta UMNO, bukan PKMB untuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Situasi ini turut dapat dilihat ketika Pilihan Raya Negeri ke-11 di Sarawak bulan lalu apabila Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, tunjang komponen BN di Bumi Kenyalang itu disebut PBB dan bukannya PPBB. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd