• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alasan Remeh Calon PAN Tidak Mengundi Di Kuala Kangsar

oleh
07/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Bukanlah isu baharu parti politik khasnya pembangkang meletakkan orang luar sebagai calon dalam pilihan raya kerana itu bukan pun satu kesalahan yang boleh melucutkan kelayakan bertanding.

Kecuali Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang ‘istiqamah’ di kerusi Marang, sebutlah siapa sahaja nama tokoh pembangkang terkenal antaranya Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri.

Mereka tetap menang selesa serta diterima majoriti pengundi waima berstatus bukan anak tempatan dan menetap di luar kawasan apatah lagi jarang ‘turun padang’ bertemu dengan rakyat kerana itu bukan isu besar mana pun.

Ironi, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan keanehan tersendiri apabila isu status calon Parti Amanah Negara (PAN), Ahmad Termizi Ramli bukan pengundi di situ menjadi bahan perbualan ramai pihak.

Mungkin menyedari perkara tersebut dijadikan polemik, saintis nuklear yang pernah menyokong projek kontroversi Lynas di Pahang itu cuba memberi alasan remeh kenapa dia ‘terpaksa’ menjadi pengundi di Shah Alam, Selangor.

Dalam ceramah anjuran PAN di Kampung Sayong Lembah di sini lewat Isnin, Ahmad Termizi mendakwa beliau berbuat demikian kerana mahu memberi ‘sokongan’ kepada rakannya, Khalid Samad menjadi ahli parlimen di situ.

Anehnya dalam ceramah beliau yang hanya lima minit bermula pukul 11.01 malam dan cuma dihadiri 50 orang itu; sebahagian besar ialah petugas media, Ahmad Termizi dilihat cuba mengelak menjawab isu tersebut secara tuntas.

Dengan berselindung di sebalik latar belakang dilahirkan di Suak Petai, Manong di sini dan ada ramai saudara mara di Kuala Kangsar, Ahmad Termizi malah menempelak portal-portal pro-BN yang konon sengaja memainkan isu itu.

Baca: Alahai Calon PAN Di Kuala Kangsar Pengundi Shah Alam

pan

Beliau mendakwa kemudian terpaksa pula menjadi pengundi di Gelang Patah, Johor apabila ‘diarahkan’ oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia bertugas di kampus induknya di Skudai dari kampus Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Ahmad Termizi berpindah ke Johor setelah ‘naik pangkat’ kepada profesor gred B pada 2013 daripada gred C yang lama disandangnya sejak 1997 sekali gus beliau mendakwa mengundi Kit Siang di kerusi Gelang Patah.

Pengakuan jujurnya tersebut menunjukkan ahli panel Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang memantau operasi loji Lynas itu; mampu menukar segera alamat kad pengenalannya daripada Shah Alam kepada Gelang Patah.

Lucunya Ahmad Termizi tidak pula menjelaskan kenapa tidak segera menukar alamat Mykad kepada Bandar Diraja Perak itu selepas menyertai PAN pada tahun lalu, bahkan dilantik menjadi Naib Ketua PAN Kawasan Kuala Kangsar.

Ini bukan zaman kad pengenalan ‘plastik’, malah jika enggan menukar alamat kerana ada nilai sentimental, Jabatan Pendaftaran Negara membenarkan individu meminda butiran diri hanya dalam mikrocip termasuk alamat baharu.

Perkara ini sering dilakukan penyokong ‘totok’ pembangkang kerana ‘sayang’ mengubah alamat tertera di Mykad, namun ketika pilihan raya, mereka balik mengundi di kampung halaman berdasarkan butiran dalam mikrocip itu.

Kegagalan Ahmad Termizi berbuat demikian menyaksikan beliau selain calon PAS, Najihatussalehah Ahmad dan wakil bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya mampu ‘tengok’ lebih 30,000 orang mengundi pada 18 Jun depan.

Ini bermakna cuma calon BN, Datin Mastura Mohd. Yazid; waima orang luar namun sudah 27 tahun menetap dan memakai alamat Mykad di Kuala Kangsar; dapat merasai pengalaman membuang undi kelak. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd