• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bohonglah Kamal Tak Tahu Kami Putus’ – Intan Ladyana

oleh AK-47
02/09/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Intan Ladyana menganggap dakwaan kononya Kamal Adli, 29, terkejut dan tidak tahu tentang status hubungan mereka putus ketika Intan mengumumkan perkara itu adalah tidak benar.

Intan, 32, berkata, keputusan tersebut dilakukan setelah mereka berbincang dan memutuskan perkara tersebut terpaksa dilakukan sebagai jalan terbaik terhadap hubungan yang dibina hampir enam tahun itu.

“Bohonglah kalau dia kata tidak tahu dan terkejut dengan kenyataan saya bahawa hubungan kami sudah putus itu. Ini kerana tidak mungkin saya buat keputusan ini sendiri atau sengaja berlalu pergi begitu sahaja tanpa berbincang dahulu.

“Saya dah malas nak besar-besarkan cerita ini lagi dan saya harap kami masing-masing boleh mulakan hidup baru,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Intan berkata demikian apabila Kamal dipercayai terkejut dengan berita yang diumumkan Intan itu.

Malah Kamal dikatakan meminta sedikit masa untuk berbincang tentang perkara tersebut dengan Intan terlebih dahulu sebelum dia mengeluarkan kenyataan.

Menurut Intan, dia tidak lagi berhubung dengan Kamal sejak pendedahan itu dibuat dalam satu majlis pada 25 Ogos lalu.

“Buat apa saya jumpa dia untuk berbincang sebab hubungan kami memang sudah berakhir dan tiada apa nak dibincangkan lagi,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang gambar mereka berdua yang dimuat naik oleh Kamal beberapa hari lalu melalui akaun Instagram miliknya, Intan berkata dia tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut.

Dia juga sudah tidak mengikuti laman Instagram Kamal dan begitu juga sebaliknya.

“Saya tidak tahu dia muat naik gambar apa kerana saya sudah tidak follow laman sosial dia, dan dia juga tidak follow saya.

“Bagi saya itu hak dia untuk memuat naik apa juga gambar yang diinginkan,” ujarnya.

Intan turut berharap peminat yang masih berharap hubungan mereka kembali agar terus menyokong kerjaya masing-masing secara individu.

Kamal pada Khamis lalu memuat naik gambar percutian mereka tanpa sebarang kapsyen.

Sehingga Isnin, gambar tersebut mendapat sebanyak 5,982 likes dan 191 komen yang kebanyakannya berharap kedua-dua artis ini kembali bersatu.

Sementara itu, Kamal yang sebelum ini tidak bersedia memberikan sebarang komen tentang status hubungan mereka ini tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat. – mStar Online

Tags: ArtisIntan Ladyana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd