• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIC Bertanding Buat Julung Kali Di Kejohanan MotoGP Dunia 2015

oleh Ahmad Albab
23/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat julung kalinya akan bertanding dalam kejohanan MotoGP Dunia menerusi SIC Racing Team, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Razlan Razali.

Beliau berkata SIC akan mendapatkan khidmat Zulfahmi Khairuddin untuk menjadi pelumba pertama bagi pasukan itu dalam kategori Moto3.

Zulfahmi, 23, yang kini bersama dengan pasukan Ongetta-Air Asia,  akan menunggang motosikal KTM Moto3 250 GPR yang dilengkapkan dengan KTM 250cc.

“Pendaftaran ini membuktikan komitmen kami untuk memperluaskan ekosistem perlumbaan dua roda di Malaysia ke tahap seterusnya, yang meningkatkan lagi inisiatif kami dalam tempoh lima tahun lepas, sejak 2010.

“Langkah ini menandakan fasa seterusnya bagi pelaburan kami untuk membangunkan sukan pemotoran di negara ini. Kami kini boleh melakukan perlumbaan ujian di litar pada November ini serta pada  Februari dan Mac depan menjelang musim perlumbaan 2015 di Qatar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Razlan berkata fasa ujian itu adalah masa yang sesuai untuk melahirkan pasukan sokongan berkemahiran termasuk jurutera, mekanik dan krew perlumbaan yang memberikan kelebihan kepada SIC mempunyai pasukan berpengalaman.

“Penyertaan ini juga membuka jalan bagi melahirkan pelumba, pengurusan pasukan, pembangunan bakat jangka panjang, tajaan dan pengurusan aset jenama sendiri.

“Pada masa ini, kami bermula dengan mewujudkan peluang-peluang nilai untuk  syarikat-syarikat Malaysia lain bergabung dengan pasukan kami,” kata beliau.

Razlan berkata Zulfahmi masih relevan bagi sukan pemotoran dan MotoGP di Malaysia terutama berdasarkan memegang rekod sebagai pelumba terpantas di Asia Tenggara dalam kategori Moto3.

“Kami percaya pentingnya memulakan persaingan baharu dalam tahun pertama kami dengan sasaran berada dalam kelompok 10 teratas pada kejohanan tahun depan, jika tidak pun lima teratas,” katanya.

Bagaimanapun, Razlan berkata Zulfahmi perlu membuktikan beliau boleh mencapai kejayaan lebih besar bersama pasukan baharu pada musim depan.

Sementara itu, Razlan mengingatkan Zulfahmi supaya meningkatkan prestasinya
dengan beraksi cemerlang dalam saingan MotoGP Dunia musim 2015.

Walaupun prestasinya merosot musim ini, katanya SIC tetap memberi peluang kepada Zulfahmi untuk membuktikan kemampuannya dengan SIC Racing Team.

“Zulfahmi perlu bersedia, tiada lagi alasan untuk tidak ‘perform’ musim depan. Kita dah buat macam-macam, kita ada pasukan sendiri yang akan membantunya,” kata Razlan.

Zulfahmi ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak sabar untuk menyertai pasukan baharunya itu dan bertekad untuk bangkit dalam sukan permotoran.

“Saya rasa lebih tenang selepas mendapat berita gembira ini. Akhirnya saya dapat beraksi dengan pasukan impian. Saya berterima kasih  kepada Datuk Razlan kerana masih mempercayai kebolehan saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: MotoGP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd