• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Mat Sabu Tersasul Silap Sebut Nama Tempat

oleh
07/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Lazimnya bagi seseorang yang pernah berpengalaman berada di sesuatu kawasan dalam tempoh agak lama, sudah pasti individu tersebut mampu menyebut nama tempat itu dengan begitu lancar sekali.

Malangnya ironi berlaku terhadap Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu tersasul menyebut nama kawasan ketika menyampaikan ceramah politik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di sini lewat Isnin.

Agak lucu apabila dalam program tersebut yang hanya dihadiri 50 orang; sebahagian besar ialah petugas media, beliau mesra disebut Mat Sabu mendakwa konon pernah lebih tiga dekad sering memberi ceramah di kawasan itu.

Ia bermula selepas beliau menyertai PAS pada 1978 susulan kejatuhan kerajaan negeri Kelantan dikuasai parti itu kepada Barisan Nasional (BN) sehingga tahun lalu apabila Mat Sabu keluar daripada PAS menubuhkan PAN pula.

“Saya selalu bagi ceramah di Lembah Sayong selama lebih 30 tahun sewaktu masih bersama PAS,” kata Mat Sabu selamba menyebabkan ramai hadirin terpinga-pinga kerana nama kampung itu sebenarnya ialah Sayong Lembah.

Kesilapan sama itu malah diulang berkali-kali dalam ceramah beliau bermula pukul 11.07 malam dan berakhir 23 minit kemudian apabila Mat Sabu dengan penuh yakin mengubah nama kampung itu menjadi Lembah Sayong.

Ceramahnya bahkan terganggu seketika apabila calon PAN, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli muncul pukul 11.23 malam menyebabkan pengamal media ‘berebut’ mengerumuni saintis nuklear pro-projek kontroversi Lynas itu.

Menyedari ceramahnya kurang diberi perhatian, Mat Sabu cuba menarik minat puluhan hadirin dengan membuat kelakar apabila mendakwa konon kadar rasuah di Malaysia antara terburuk di dunia waima di rantau Asia tenggara.

matsabu-prk1

matsabu-prk3

Beliau memberi contoh kejayaan Indonesia menerusi Komisi Pemberantasan Korupsi Republik Indonesia (KPK) konon berjaya menaikkan indeks di bawah Transparency International (TI) lebih baik mengatasi Malaysia sendiri.

Lucunya sekali lagi Mat Sabu membuat kesilapan fakta dengan mengubah sejarah konon KPK ditubuhkan selepas kejatuhan rejim Presiden Mohamad Suharto yang digantikan pula oleh Bacharuddin Jusuf Habibie pada 1998 lalu.

Untuk rekod, KPK diwujudkan pada 2002 ketika zaman pentadbiran Megawati Sukarnoputri dan berdasarkan ranking TI tahun lalu, Indonesia berada di tangga ke-88 berbanding Malaysia masih stabil di kedudukan ke-54.

Kecuali Singapura pada posisi kelapan, senario indeks rasuah Malaysia dalam kalangan 10 negara ASEAN secara umum adalah lebih baik dibandingkan dengan Thailand (76), Filipina (95), Myanmar (147) dan Kemboja (150).

Entah apa lagi ‘mimpi’ Mat Sabu apabila beliau dalam ceramah itu mempergunakan pula nama Radio Australia konon pernah menyatakan bahawa Malaysia sebagai negara paling korup di dunia yang sebenarnya tidak benar!

Berdasarkan rujukan stesen antarabangsa Perbadanan Penyiaran Australia milik kerajaan negara kanggaru itu, tiada sebarang kenyataan siaran mengenai dakwaan rasuah di Malaysia sebagaimana tohmahan oleh Mat Sabu tersebut.

Kesimpulannya, ceramah Mat Sabu berjaya menghiburkan audiens dengan segala temberang lucu, namun beliau mungkin perlu banyak latihan ‘baca’ fakta pengetahuan am agar tidak diketawakan penonton selepas ini. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd