KOTA TINGGI – Tiga mekanik berusia antara 17 dan 34 tahun ditahan polis pada Jumaat lepas kerana disyaki terlibat dalam kes curi motosikal di sekitar bandar Penawar, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata, ketiga-tiganya ditahan ketika polis membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki mereka di Km13, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi kira-kira pukul 3.15 pagi.
Susulan penahanan mereka, polis menemukan dua buah motosikal curi jenis Suzuki RU110 dan Modenas Kris MA120 disembunyikan di sebuah rumah di Felda Tunggal di sini, katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya mereka kini ditahan reman empat hari untuk siasatan. – BERNAMA

