• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Sokong PAN Kerana Ada Agenda – Hadi

oleh Ahmad Albab
05/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan mengapa DAP menyokong Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Beliau mendedahkan DAP menyokong calon PAN bertanding dalam kedua-dua pilihan raya berkenaan kerana mempunyai agenda tidak baik untuk mempergunakan PAN bagi menghalang perjuangan Islam.

“Mengapa DAP sokong PAN? Kerana DAP ada agenda di belakang PAN. Antaranya menghalang perjuangan PAS untuk mengangkat Islam sepertimana Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah di Parlimen baru-baru ini,” katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu dalam satu kenyataannya yang disiarkan di laman media sosial PAS hari ini.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP semalam menyeru pertubuhan-pertubuhan Cina memberi tekanan kepada pemimpin kerajaan berketurunan Cina supaya mengagalkan usaha PAS melaksanakan undang-undang hudud di negara ini.

Abdul Hadi sebelum ini membentangkan usul pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian (Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2015) Akta 355 di Parlimen.

Ia antara lain bertujuan memperkasakan institusi Mahkamah Syariah dalam negara namun dilihat oleh Pakatan Harapan sebagai usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. – Mynewshub.cc

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

20/05/2026
0

MAAF terpaksa guna tajuk kasar macam ini untuk tarik perhatian masyarakat Malaysia yang seolah-olah ambil mudah gejala vape mushroom. Ibarat...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd