• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beradik Rempuh Kedai Dengan Kereta Emak

oleh Ahmad Albab
03/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perbuatan dua beradik menghidupkan enjin kereta milik ibu mereka menyebabkan kenderaan itu merempuh sebuah kedai telekomunikasi di Jalan Vistana di sini, hari ini.

Kereta itu diletakkan di hadapan kedai berkenaan sejak 2 petang tadi, sebelum dua budak lelaki berusia dalam lingkungan 11 hingga 12 tahun, menghidupkan enjinnya.

Seorang pekerja kedai telekomunikasi itu, Nurul Nadira Abu Hassan, 23, berkata kejadian berlaku kira-kira 3.20 petang apabila beliau dan seorang lagi pekerja sedang melayan pelanggan di situ.

“Kami dengar bunyi enjin yang kuat, seperti orang tekan pedal minyak. Selepas itu, kereta tersebut merempuh kedai sehingga mengakibatkan separuh daripada badan kereta berada di dalam kedai,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Zainuddin, 40-an, berkata ketika kejadian beliau berada berdekatan kedai itu sebelum terdengar bunyi dentuman amat kuat.

Sejurus selepas itu, beliau melihat dua budak lelaki yang ketakutan keluar dari kereta sambil memanggil ibu mereka, yang berada di tingkat atas kedai dipercayai sedang membuat rawatan muka.

“Ibu mereka bergegas turun dan terkejut melihat kereta itu sebelum mematikan enjinnya.

“Apa yang kita tahu, ibu mereka meminta anaknya menghidupkan enjin kereta sementara menunggu dia turun..tetapi macam ini pula jadinya,” kata Zainuddin.

Pengurus kedai berkenaan Md Shaifon Nizam Ahmad berkata beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu kira-kira 3.30 petang daripada pekerja yang menelefonnya.

Kerugian dianggarkan bernilai lebih RM20,000 ekoran kerosakan teruk pada cermin utama dan perabot serta dinding kedai berkenaan, katanya yang menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jinin berkata kes berlaku apabila pemandu iaitu ibu budak lelaki berkenaan, ingin mengundurkan kenderaan tetapi tertekan pedal minyak.

“Pada masa sama, anak pemandu yang berada di tempat duduk hadapan tertolak gear kenderaan menyebabkan kenderaan itu bergerak ke hadapan dan melanggar pintu kaca dan cermin kedai telekomunikasi terbabit.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan saksi untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd