• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Batu Melanda Ibu Negara Petang Jumaat

oleh Ahmad Albab
04/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hujan batu yang jarang berlaku serta banjir kilat melanda beberapa kawasan di ibu negara petang tadi.

Kejadian kira-kira 6 petang itu dilaporkan menyebabkan trafik sesak selain beberapa bangunan dan rumah kediaman di ibu negara mengalami kerosakan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut melaporkan menerima aduan sebanyak 35 kes pokok tumbang di sekitar ibu kota.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Mustafa Mohd Nor berkata skuad penyelamat dan tren tunda telah dikerah bagi melakukan kerja-kerja pembersihan.

Selain itu beberapa jalan utama iaitu Jalan Duta, Jalan Bangsar, Jalan Pantai Baru dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 arah Tasik Bandar Selatan, Jalan Genting Klang dan Taman Melati, Gombak turut dilapor terjejas.

Menurutnya seramai 82 anggota pasukan Skuad Penyelamat DBKL telah dikerah ke semua lokasi tumpuan yang terjejas akibat banjir kilat.

“Daripada jumlah itu, 50 petugas trafik diarah mengawal keadaan trafik, 20 lagi menyelamat mangsa yang terkandas manakala 12 ditugas mengendali kren tunda,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata terdapat kejadian tiang elektrik tumbang di Lebuhraya Sungai Besi menghala ke Bukit Jalil sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Beliau berkata kerja-kerja mengalihkan tiang itu sedang dijalankan selain kawalan trafik dilakukan pihak polis.

Sementara itu warga ibu kota yang kebanyakannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah turut berkongsi pengalaman masing-masing dan gambar kejadian melalui media sosial.

Pengguna Twitter, ‘faiqrusyaidie’ menulis ‘first time ever experiencing hujan batu…’.

Seorang lagi pengguna Twitter, ‘dayahmayah’ turut berkongsi gambar dengan menulis, ‘MashaAllah. hujan batu at my sister’s office. Area Sg Besi. Praying and hoping that everyone’s fine’.

‘First hujan batu experience ever. Literally soaked for almost 20 minutes’ tulis pengguna Twitter ‘FazaaMohamad’.

Pengguna Facebook ‘Shahriza Mahmud’ dalam pada itu turut berkongsi rakaman video kejadian berkenaan yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Serdang. – BERNAMA

Tags: Hujan Batu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hujan Batu Virus Korona Melanda Mexico

21/05/2020
0

MEXICO - Hujan batu menyerupai bentuk virus korona yang melanda negara itu dianggap sebagai mesej Tuhan supaya rakyat terus tinggal...

Hujan Batu Sebesar Bola Golf Bunuh Biri-Biri

20/07/2017
0

SEBUAH bandar di Sepanyol telah dihujani hujan batu sebesar saiz bola golf, mengakibatkan kenderaan rosak selain membunuh beberapa ekor kambing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd