Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pelancongan Berasas Sukan Rekreasi,...

BAGAN DATUK - Pelancongan berasaskan sukan rekreasi dan makanan akan diberi tumpuan bagi...

3 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiga kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari...

Liberia Siasat Punca Jangkitan...

MONROVIA - Pegawai kerajaan Liberia segera menjalankan siasatan bagaimana seorang pesakit terbaharu dijangkiti...

Tengkuk Lebam Ditampar Guru

KUALA LUMPUR - Seorang murid tahun dua cedera di tengkuk kanan dipercayai akibat...

Hujan Batu Virus Korona Melanda Mexico

MEXICO – Hujan batu menyerupai bentuk virus korona yang melanda negara itu dianggap sebagai mesej Tuhan supaya rakyat terus tinggal di rumah.

Portal Mirror.uk melaporkan penduduk tempatan berkongsi gambar berkenaan di media sosial dan mengulas pembentukan hujan batu itu sama seperti bentuk virus berkenaan.

Virus itu yang menjangkiti manusia biasa berbentuk sfera dan seperti bermahkota.

Penduduk juga menganggap ia petanda cuaca buruk di kawasan Montemorelos di Mexico.

Pakar Meteorologi dan perunding Organisasi Meteorologi Dunia, Jose Miguel Vinas, berkata, bentuk hujan batu yang pelik sebenarnya sering terjadi dalam ribut besar.

Miguel Vinas memberitahu media tempatan, kebiasaannya apabila ribut berlaku, hujan batu membentuk sfera kecil dan mengumpulkan lapisan ais di atasnya.


“Ketika ribut kencang diiringi hujan batu dengan saiz besar yang bersatu, menghentam satu sama lain sebelum menjadi gumpalan besar.

“Jadi apa yang jatuh adalah cakera ais yang hancur hingga menghasilkan bentuk bintang ini,” katanya.

“Adakah ini mesej subliminal daripada pencipta kita? kata pengguna media sosial mengulas mengenai kejadian itu.”

Berdasarkan angka terbaharu dari Universiti Johns Hopkins, Mexico merekodkan 51,633 kes Covid-19 membabitkan 5,332 kematian. – Agensi

Kategori