• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gajah Sumatera Berjaya Lahirkan Anak

oleh AK-47
03/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Seekor gajah Sumatera yang dikategorikan sebagai spesies yang hampir pupus berjaya melahirkan anak yang ketiga di Indonesia, lapor AFP yang memetik kata sumber rasmi tempatan, khamis lalu.

Anak gajah betina itu dilahirkan pada awal pagi Rabu di Taman Negara Tesso Nilo di Pulau Sumatera, ujar ketua taman berkenaan Tandya Tjahjana.

“Anak gajah itu dalam keadaan sihat,” ujar Tjahjana.

Ibu gajah itu merupakan sebahagian daripada pasukan pakar gajah dikenali sebagai The Flying Squad, yang membantu memastikan gajah-gajah liar di taman negara itu bergerak menjauhi kawasan populasi manusia.

Selama ini, berlaku beberapa kejadian gajah-gajah liar yang dibunuh berdekatan kawasan pertanian di Sumatera.Kira-kira 150 ekor dipercayai masih berada di kawasan taman negara yang dilindungi itu.

Gajah Sumatera kini dalam status kritikal kerana tergolong dalam hidupan liar yang menghampiri kepupusan.

Pada bulan lalu, seekor gajah spesies itu mati di dalam sebuah zoo yang serba kekurangan di bandar Bandung, sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd