KANGAR – Kerajaan negeri merancang menganjurkan Pesta Makanan Malaysia (PMM) di negeri ini untuk mempromosikan kepelbagaian cita rasa unik negara, bagi menjadikan Perlis sebagai pusat tumpuan makanan di utara.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Perlis Ahmad Bakri Ali berkata PMM yang dirancang sepanjang tahun itu juga dapat memperkenalkan pelbagai jenis makanan popular dari semua negeri di Malaysia ke pasaran Thailand.
“Masyarakat Thai gemarkan kepelbagaian makanan yang ada di negara ini, jadi kita ambil kesempatan ini bagi mengetengahkan segala juadah makanan pagi, tengah hari, petang mahupun malam dari setiap negeri dan kaum. – BERNAMA

